Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

155) KEPADATAN TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kepadatan tanah perkuburan untuk orang Islam dan bukan Islam terutama di DUN Taman Templer khususnya di Bukit Lagong dan Sungai Tua?

    Untuk makluman Yang Berhormat Taman Templer, pembangunan di kawasan DUN Templer tidak melibatkan pembangunan yang boleh dikenakan syarat penyediaan tapak perkuburan merujuk kepada Manual Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor. Lot-lot tanah di kawasan ini merupakan tanah individu dan majlis tiada cadangan tapak baharu untuk tanah perkuburan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.