Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

152) STATUS ISU PENEROKA JALAN PAPAN PANDAMARAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status terkini bagi isu pembangunan peneroka Jalan Papan Pandamaran.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak pemaju iaitu Melati Consolidated Sdn. Bhd. dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk memuktamadkan cadangan penyelesaian bagi pembangunan penempatan semula peneroka bandar Jalan Papan sebelum diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bulan Disember 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.