Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
151) HOTLINE KEGANASAN RUMAHTANGGA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis aduan yang diterima dalam hotline keganasan rumahtangga?
Talian SELamat, Hotline Khusus Aduan Keganasan Rumah Tangga telah beroperasi secara rasmi pada Isnin, 1 Nov 2021. Sehingga 11 Nov 2021, sebanyak 7 panggilan diterima. 3 panggilan adalah kes keganasan rumah tangga (KRT) dan 4 lagi adalah kes yang tidak berkaitan. 3 kes yang diterima adalah lebih kepada memerlukan bantuan kaunseling dan sokongan berkaitan hal-hal keganasan rumah tangga (KRT).
-
Sejauh manakah hotline aduan keganasan rumah tangga membantu golongan wanita?
Talian SELamat ini beroperasi 24 jam sehari sebagai satu pusat sehenti pertama yang boleh dirujuk sebelum mendapatkan bantuan selanjutnya seperti khidmat kaunseling secara bersemuka mahupun secara atas talian. Pengadu boleh membuat panggilan mengikut keselesaan mereka bagi mengelakkan situasi diluarjangka terus berlaku. Yang paling penting, jaminan kerahsiaan data pengadu adalah menjadi tanggungjawab pihak Wanita Berdaya Selangor.