Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
150) RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan akan memperluas projek-projek pembangunan Rumah Idaman ke kawasan luar bandar?
Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun Program Rumah Idaman mensasarkan pembangunan di kawasan bandar, Program ini juga turut dilancarkan ke Kawasan luar bandar seperti di daerah Sabak Bernam. Sehingga kini sebanyak 222 unit Rumah Idaman telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di daerah Sabak Bernam.
-
Berapakah jumlah Projek/Unit Rumah Idaman yang telah tersedia untuk dipohon?
Sehingga kini, sebanyak 2,059 unit Rumah Idaman telah boleh dipohon melalui laman sesawang LPHS bagi pemohon yang layak.