Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
142) BANTUAN KOMPUTER RIBA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di peringkat kerajaan sudah mengadakan Skim 1 Keluarga, 1 Laptop. Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan program yang sedemikian?
Kerajaan Negeri buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan program begini. Namun begitu, bagi tujuan memudahkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) Kerajaan Negeri telah mengagihkan bantuan dalam bentuk simkad percuma melalui program Data Internet Selangor (DIS) kepada 9,519 pelajar yang terlibat dengan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).