Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

137) PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah maklumat terkini berkaitan pembinaan dewan orang ramai di Dun Tmn Templer

    Terdapat 2 perancangan pembinaan dewan orang ramai di Dun Taman Templer.

     

    1. Dewan Setia Eco : Dewan ini terletak di kawasan Setia Eco Templer di mana pemaju yang terlibat membangunkan tapak ini adalah Setia Eco Templer Sdn Bhd. Tapak dewan ini berkeluasan 1.03 ekar yang akan dilengkapi dengan  kompleks komuniti 1 tingkat berserta 2 buah gelanggang badminton. Pembangunan dewan ini akan dibangunkan bersekali dengan pembangunan Rumah Selangorku (RSKU). Walaubagaimanapun, pihak MPS memohon pihak pemaju untuk menyegerakan pembangunan dewan tersebut bagi memenuhi kehendak komuniti kawasan Templer.

    Berdasarkan maklum balas Pemaju Setia Eco Templer Sdn Bhd, dewan akan mula dibina pada Februari 2022 dan dijangka akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Selayang pada Julai 2023.

     

    1. Dewan/ Kompleks Komuniti Bandar Baru Selayang: Dewan ini terletak di kawasan Bandar Baru Selayang bersebelahan medan selera MPS. Tapak merupakan tanah simpanan kerajaan yang boleh diakses melalui Persiaran 2. Pihak Majlis Perbandaran telah mengemukakan surat permohonan perizaban tanah kerajaan sebagai tapak dewan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada 4 April 2021.

    Tapak dewan ini berkeluasan 2.5 ekar, akan dibangunkan kompleks komuniti yang dilengkapi dengan gelanggang badminton, tadika dan bilik fail MPS. Status semasa tapak dewan ini, majlis masih belum menerima kelulusan pewartaan daripada Pejabat Tanah Gombak bagi tujuan tapak dewan.

Lampiran

Tiada Lampiran.