Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
120) PERKEMBANGAN JUDI ONLINE YANG MELIBATKAN GENERASI MUDA DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengekang perkembangan judi online yang turut membabitkan generasi muda?
Berdasarkan Laporan Tindakan Kegiatan Perjudian di Selangor yang dikemukakan oleh Bahagian Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Selangor bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2021, telah mencatatkan tangkapan seramai 2,298 orang dengan jumlah rampasan sebanyak RM219,320.00. Daripada jumlah tangkapan tersebut, sebanyak 1,083 kertas siasatan telah dibuka dan 891 kertas siasatan telah berjaya dituduh mahkamah.
Berkaitan pembabitan generasi muda dalam aktiviti perjudian terutamanya dalam membabitkan pelajar sekolah, statistik menunjukkan hanya terdapat seramai (5) orang melibatkan remaja atau golongan muda di bawah umur 19 tahun dan (3) orang remaja atau golongan muda melibatkan warganegara asing yang ditangkap atas kegiatan perjudian di Selangor bagi tempoh Januari hingga Oktober 2021 di kawasan Kontinjen Selangor. Senarai tangkapan adalah seperti di Lampiran 1. Walaupun statistik menunjukkan pembabitan pelajar sekolah adalah kecil, PDRM sentiasa komited dan memandang serius isu ini serta akan mengambil tindakan bagi mengekang aktiviti judi online di Negeri Selangor.
Untuk itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) akan mengadakan operasi secara berterusan dengan kerjasama PDRM, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi memastikan kegiatan judi online ini dapat dilumpuhkan. Semua agensi yang terlibat akan menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengekang kegiatan perjudian termasuklah menyita premis, memotong bekalan elektrik dan bekalan air serta menahan individu yang terlibat bagi tujuan siasatan. Pihak PDRM juga telah melipatgandakan serbuan-serbuan ke atas premis yang menjalankan premis perjudian online. Statistik serbuan berjaya dapat dilihat menerusi perbandingan tahun 2020 dengan 2021 di mana pada tahun 2020, sebanyak 675 serbuan judi telah dijalankan dan pada tahun 2021, sebanyak 1026 serbuan telah dijalankan ke atas premis-premis perjudian online. Laporan statistik adalah seperti di Lampiran 2.
Selain daripada itu, pihak PDRM juga telah mengambil tindakan di bawah Undang-undang Pencegahan iaitu di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 ke atas penganjur yang menjalankan aktiviti perjudian. Sepanjang tahun 2021, sebanyak (36) orang telah diambil tindakan di bawah Undang-undang Pencegahan. Dengan tindakan-tindakan agresif yang telah diambil, pihak PDRM berharap kegiatan perjudian khususnya melibatkan golongan muda dapat dibendung.
LAMPIRAN 1
TANGKAPAN JUDI ONLINE TAHUN 2021 MELIBATKAN REMAJA BAWAH UMUR
KONTINJEN SELANGOR
BIL NO RPT/NO IP. NAMA TANGKAPAN/KP/BANGSA SEK KESALAHAN ALAMAT PREMIS
1 PANDAN INDAH RPT. 277-279/2021 NO IP : 58/2021 ERI MUHAMMAD DANIEL BIN SALIMAN KP : 040623-14-0453 BANGSA : INDONESIA
SEK 4(1)© ARJT 1953 TARAS 28CAFÉ SDN BHD NO 1-3 JALAN PANDAN INDAH 4/33 TAMAN PANDAN INDAH AMPANG 2 AMPANG RPT. 6110/2021 NO IP : 728/2021 MOHD SHARUK BIN ROHIMULLAH UMUR : 18 TAHUN
BANGSA : MYANMAR
SEK 4(1)© ARJT 1953, SEK 6(1)© IMG LOT 346A JALAN TASEK PERMAI AMPANG 3 MERU RPT. 779-780/2021 NO IP : 230/2021 LIM JING ZHEN KP : 010918-10-0507 BANGSA : CINA SEK 4(1)© ARJT 1953 LOT 2858-B JALAN LIMAU KAPAR KLANG 4 BUKIT RAJA RPT. 4988/2021 NO IP : 1019/2021 LOH KONG HWA KP : 020925-10-1371 BANGSA : CINA SEK 4(1)© ARJT 1953 NO 7 JALAN GAMELAN BANDAR BUKIT RAJA KLANG 5 BANDAR BARU KLANG RPT. 6320/2021 NO IP : 1370/2021 KUGANESWARAN A/L RAJA KUMAR KP : 020211-10-0211 BANGSA : INDIA
SEK 4(1)© ARJT 1953 TEPI JALAN KAKI LIMA ,JALAN BUKIT KUDA 1/KU1 OFF JALAN BATU 3 LAMA TAMAN KUDA KLANG 6 BANDAR BARU KLANG RPT. 6108/2021 NO IP : 1306/2021 OSMAN GHANI ESUF ALI UMUR: 18 TAHUN BANGSA : MYANMAR SEK 4(1)© ARJT 1953, SEK 6(1)© IMG NO 233A JALAN SENTOSA 41 OFF JALAN MERU KLANG 7 SEKINCHAN RPT. 395/2021 NO IP : 89/2021 SITI NOR FARAHDINA BINTI KAMARUDIN KP: 020606-08-0390 BANGSA : MELAYU
SEK 4(1)© ARJT 1953 KEDAI SKC 12 LORONG 12 SEKINCHAN SABAK BERNAM 8 SEKINCHAN RPT. 396/2021 NO IP : 87/2021 NURELLIYA BINTI BASIRON KP : 041022-10-0952 BANGSA : MELAYU SEK 4(1)© ARJT 1953 TONIGHT 29 SPEEDMART LOT BD JALAN MENTERI SEKINCHAN, SABAK BERNAM LAMPIRAN 2
PERBANDINGAN JUDI ONLINE BAGI TAHUN 2020 DAN 2021
KONTINJEN SELANGOR
JUDI ONLINE DAERAH JAN – OKT 2020 JAN – OKT 2021 P/JAYA 77 42 SG BULOH 45 60 SBG JAYA 77 141 SERDANG 95 154 KLANG U 52 104 KLANG S 109 71 AMPANG 34 169 KAJANG 50 117 GOMBAK 33 57 SHAH ALAM 46 21 SEPANG 10 16 H/SELANGOR 20 5 K/SELANGOR 12 30 K/LANGAT 4 22 S/BERNAM 11 17 KLIA JUMLAH 675 1026