Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
113) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pengurusan pusat wanita berdaya masih kurang memuaskan selepas idea telah dibangkitkan oleh ADN-ADN. Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan demi meningkatkan prestasi pengurusan PWB?
Untuk makluman Yang Berhormat Balakong, Pengurusan Pusat Wanita Berdaya (PWB) sejak daripada awal penubuhannya telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 40/2020 yang disahkan oleh MMKN ke 41/2020, Pengurusan PWB telah diambil alih oleh Wanita Berdaya Selangor Sdn Bhd (WBS) yang diletakkan di bawah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) secara rasminya bermula Mei 2021.
Lanjutan daripada keputusan ini, Pengurusan PWB telah melalui fasa transisi daripada pentadbiran UPEN ke pentadbiran WBS di mana sepanjang fasa transisi ini, kita mengambil maklum bahawa terdapat beberapa masalah dan isu teknikal yang dihadapi oleh para penyelia PWB.
Perkara ini disulitkan dengan faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku sepanjang tempoh transisi dan mengakibatkan banyak kekangan dari aspek operasi dan komunikasi.
Selain itu, pada bulan September dan Oktober baru-baru ini, lantikan kontrak Penyelia PWB tamat dan perlu diperbaharui. Terdapat Dun-Dun yang mengekalkan Penyelia PWB sedia ada dan ada juga yang telah melantik Penyelia PWB yang baru. Proses lantikan baru ini menyebabkan beberapa proses perlu dilaksanakan semula seperti sesi temuduga calon penyelia, pembaharuan kontrak penyelia dan sesi induksi yang juga mengambil masa pemprosesannya.
Walaubagimanapun, dalam usaha memantapkan dan menambahbaik pengurusan PWB ini, pihak Pejabat Exco dan juga WBS Sdn Bhd telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ahli-ahli Dewan Negeri pada 22 November 2021 dan juga siri-siri pertemuan tidak rasmi bersama Ahli-ahli Dewan Negeri. Semua permasalahan dan cadangan yang dikemukakan telah diperhalusi.
Berikut adalah antara penambahbaikan yang telah diambil tindakan oleh pihak WBS dalam aspek pengurusan PWB :
Perkara Sebelum di bawah pentadbiran WBS Penambahbaikan selepas di bawah pentadbiran WBS Pembayaran Vendor Dibayar setelah program dijalankan. Pembayaran boleh dilakukan melalui invoice sebelum program dijalankan. Elaun Dibayar mengikut laporan program dan prestasi kerja. Dibayar setiap bulan tanpa perlu laporan program dan prestasi kerja tetapi jika tidak hadir atau hanya melaksanakan dua (2) kali program sahaja, maka surat amaran akan dikeluarkan. Kertas kerja Penghantaran secara fizikal. Penghantaran melalui e-mel bagi mengurangkan pengunaan kertas. Namun, laporan program masih perlu dihantar secara fizikal atas tuntutan SOP kewangan. Pengurusan Dokumentasi Tiada peruntukan pengurusan dokumentasi. RM400.00 diberikan untuk setiap program bagi pengurusan dokumentasi. Minimum adalah RM800.00 iaitu untuk dua (2) program dan maksimum adalah RM3,200.00 sebulan untuk lapan (8) program. Peruntukan pengurusan dokumentasi ini boleh digunakan untuk tujuan mencetak bahan, elaun AJK dan juga rolling untuk program akan datang tanpa perlu mengemukakan resit.