Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

107) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme yang digunapakai untuk menilai prestasi para PeBS?

    Penggerak Belia Selangor (PeBS) merupakan penjenamaan semula Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bagi memperkasakan lagi fungsi dan peranan belia dalam melaksanakan agenda pembangunan diperingkat akar umbi.

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah menetapkan tatacara penilaian kepada setiap Penggerak Belia Selangor (PeBS). Penilaian ini akan dilaksanakan dalam beberapa peringkat. Peringkat yang  pertama adalah melalui Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Penyelaras DUN.

     

    Penilaian akan berdasarkan kepada perkara berikut;

    1. Kualiti hasil kerja
    2. Ketepatan masa
    3. Keberkesanan hasil kerja\
    4. Ilmu pengetahuan dan kemahiran
    5. Keberkesanan dalam komunikasi
    6. Ciri-ciri sebagai seorang pemimpin, dan
    7. Proaktif dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

     

    Peringkat seterusnya adalah penilaian diperingkat Majlis Sukan Negeri Selangor melalui kriteria berikut;

    1. Kehadiran dan penglibatan mesyuarat PeBS diperingkat DUN
    2. Penganjuran program PeBS, dan
    3. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti anjuran Pusat Khidmat DUN.

     

    Penilaian akan dilaksanakan pada bulan Disember 2021. Borang penilaian akan diserahkan kepada setiap Ahli Dewan Negeri dan Penyelaras DUN pada awal Disember nanti.

  2. Sekiranya seorang PeBS gagal mempamerkan prestasi yang baik, bagaimanakah proses untuk mengganti PeBS tersebut dengan calon yang baru?

    Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh pelantikan, Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN dibenarkan untuk mengemukan pemohonan bagi penukaran Penggerak Belia Selangor (PeBS) tersebut dengan calon yang baru. Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor akan serta merta menamatkan kontrak perkhidmatan PeBS tersebut setelah mendapat kelulusan penamatan daripada Pejabat EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan.

     

    Bagi calon baru yang ingin dilantik, pihak Majlis Sukan Negeri Selangor akan mengeluarkan surat lantikan bagi calon yang dicadangkan oleh pihak Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN selepas mendapat perakuan daripada pihak EXCO Generasi Muda. Penamatan dan pelantikan PeBS ini boleh berjalan serta merta dari tarikh yang dimaklumkan.

     

    Maklumat tambahan

     

    a) Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) pada tahun 2009 bertujuan untuk melahirkan kepimpinan generasi muda yang berwibawa serta dapat menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Negeri Selangor serta bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

     

    Mulai Januari 2021, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah dijenamakan semula kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang memainkan peranan sebagai ejen penggerak agenda pembangunan belia di setiap kawasan Dewan Negeri. Pencalonan PeBS adalah berdasarkan cadangan nama daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri atau Penyelaras DUN di Negeri Selangor.

     

    Untuk makluman, penstrukturan semula jumlah PeBT juga turut dibuat yang melibatkan seramai 288 orang PeBT (mewakili setiap 24 Zon PBT) kepada 280 orang PeBS yang akan mengisi 5 jawatan dalam Jawatankuasa PeBS DUN di semua 56 kawasan DUN. Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada:

     

    1. Seorang Ketua PeBS;
    2. Seorang Setiausaha;
    3. Seorang Bendahari;
    4. Seorang Ahli Jawatankuasa (Penerangan dan Publisiti); dan
    5. Seorang Ahli Jawatankuasa (Penyelaras Program).

     

    Mesyuarat MMKN ke 42/2020 yang bersidang pada 9 Disember 2020 yang telah disahkan oleh MMKN ke 43/2020 pada 16 Disember 2020 telah bersetuju dengan perkara ini dan pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan mengawalselia pengurusan peruntukan elaun dan peruntukan program PeBS sehinggalah penubuhan Majlis Penggerak Belia Selangor diluluskan.

    Sehubungan itu, peruntukan sebanyak RM2,836,800.00 telah diluluskan bagi peruntukan Program dan Elaun Penggerak Belia Selangor (PeBS). Justeru itu buat masa ini, Kerajaan Negeri masih mengekalkan peruntukan Program dan Elaun Penggerak Belia Selangor (PeBS) seperti tahun-tahun sebelum ini di mana setiap Dewan Undangan Negeri akan diperuntukkan sebanyak RM20,000.00 yang menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan program adalah sebanyak RM1,120,000.00 untuk semua PeBS bagi menjalankan program-program yang telah dirancangkan sebagaimana perincian seperti berikut:-

     

    Bil. Perkara Jumlah (RM)
    1. Peruntukan Program PeBT

    RM20,000.00 x 56 DUN

     

    1,120,000.00
    2. Elaun

    i. Pengerusi Induk

    RM500.00 x 56 orang x 12 Bulan

    = RM336,000.00

     

    ii. AJK

    RM400.00 x 4 AJK x 56 DUN x 12 Bulan =RM1,075,200.00

     

     

     

     

    1,411,200.00

     

     

    3. Persidangan Kongress PeBT sebanyak 3 kali setahun

    i.        Makan Minum

    RM16.00 x 500 orang x 5 hari

    x 3 persidangan = RM120,000.00

     

    ii.     Hal-hal Pengurusan

    RM10,000.00 x 3 persidangan

    =RM30,000.00

     

     

     

     

    150,000.00

     

     

    4. Konvensyen PeBT

    i.    Makan Minum

    RM75.00 x 2000 orang

    = RM150,000.00

     

    ii. Hal-hal Pengurusan = RM5,600.00

     

     

     

    155,600.00

     

     

     

     

      Jumlah keseluruhan 2,836,800.00

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.