Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
100) SMART SELANGOR C5I OPERATIONS CENTRE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini dan pencapaian Smart Selangor C5i Operations Centre?
Smart Selangor C5i Operation Centre (“SSOC”) yang bertempat di Aras 1 Dewan Jubli Perak, Shah Alam telahpun siap sepenuhnya pada 1 Disember 2020, setelah dibangunkan selama selama tiga bulan sebelumnya.
SSOC masih dioperasikan oleh anggota penguatkuasa daripada Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (“UPBN”) dan kakitangan khidmat sokongan ICT daripada SSDU Innovations Sdn Bhd (“SSDU”). UPBN beroperasi tujuh hari seminggu, bermula 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
UPBN melaksanakan pemantauan insiden dan bencana berpandukan paparan laman sesawang seperti laman Air Pollutant Index of Malaysia (“APIMS”), Meteorologi, paras air sungai menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (“JPS”), ramalan kajicuaca oleh Jabatan Metroloji Malaysia dan sebagainya. Manakala, SSDU pula melaksanakan pemantauan secara berpusat untuk inisiatif Smart Selangor seperti pemantauan Selangor Gigabit Network (“SeGNet”), Kamera Litar Tertutup (“CCTV”) yang terletak di 15 buah Smart Selangor Bus Stop (“SBS”), di Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (“PPAS”) dan pemantauan trafik di Persiaran Kewajipan Subang Jaya termasuklah keupayaan analitik, aplikasi-aplikasi Smart Selangor lain seperti Selangor Intelligent Transport System (“SITS”), Analytic Dashboard dan sebagainya.
Beberapa operasi UPBN telah berjaya dilakukan dengan masa operasi yang jauh lebih pendek dan tindakan-tindakan penyelarasan antara agensi juga telah dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dengan penggunaan infrastruktur SSOC.
Selain daripada kunjungan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, dan ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, SSOC juga telahpun menerima beberapa kunjungan lawatan belajar daripada pelbagai agensi luar seperti Menteri Besar Incorporated Kedah (“MBI Kedah”), pihak Pelan Malaysia Negeri Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (“JKNS”).