Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

98) KEGUNAAN TENAGA SOLAR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan bagi kegunaan tenaga solar?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21/ 2021 yang diadakan pada 16 Jun 2021 bersetuju agar semua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri mempergiatkan usaha pemasangan bumbung solar dan merebut peluang yang diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kadar segera. Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan projek pemasangan panel solar di semua bangunan Kerajaan Negeri selaras dengan seruan Dasar Kerajaan Persekutuan melalui Pelan Utama Teknologi Hijau Malaysia 2017-2030 berhubung tenaga boleh diperbaharui.

     

    MMKN turut bersetuju agar pemasangan bumbung solar dilaksanakan pada premis-premis tersebut dengan melantik sendiri pembekal yang tersenarai dan diperakui oleh SEDA Malaysia seperti berikut:

     

    • Bangunan Utama Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri;
    • Bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Dewan, Stadium dan Gerai Majlis;
    • Surau dan Masjid;
    • Sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor; dan
    • Kawasan Parkir Kenderaan di bawah kelolaan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri.

     

  2. Apakah kebaikan dan keburukan kegunaan tenaga solar?

    Kebaikan kegunaan tenaga solar adalah seperti berikut:

    1. Kegunaan tenaga solar ini mampu membantu mengurangkan jejak karbon yang ketara. Ianya dapat mengelakkan penghasilan gas rumah hijau;
    2. Ianya merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan berterusan dari    masa ke semasa.
    3. Menjimatkan kos bil elektrik pengguna disamping dapat menjana lebih     banyak tenaga untuk penggunaan; dan
    4. Kos penyelenggaraan yang lebih menjimatkan.

     

    Keburukan kegunaan tenaga solar:

    1. Sekiranya terdapat struktur bumbung bangunan dan sistem pendawaian yang lama/ usang perlu ditukar atau ditambahbaik terlebih dahulu dan ini akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi; dan
    2. Keadaan bumbung sesetengah bangunan yang terlindung daripada cahaya matahari dan tidak sesuai untuk dipasang solar.
  3. Berapakah lampu jalan telah mengunakan lampu jalan tenaga solar?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif pemasangan lampu jalan menggunakan tenaga solar melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu:

    BIL. PBT JUMLAH
    1. MBSA 327
    2. MBPJ 34
    3. MBSJ
    4. MPK Kejuruteraan
    5. MPAJ
    6. MPS 35
    7. MPKj
    8. MPSp 60
    9. MPKL
    10. MPKS 8
    11. MPHS 58
    12. MDSB 12

Lampiran

Tiada Lampiran.