Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

93) PRESTASI PERPUSTAKAAN SUK 2015-2020

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pengunjung dan apakah lima kategori subjek tertinggi yang menjadi rujukan utama dan pengunjung setiap tahun?

    Berapakah bilangan pengunjung dan apakah lima (5) kategori subjek tertinggi yang menjadi rujukan utama dan pengunjung setiap tahun?

    Bilangan pengunjung dari tahun 2015 hingga 2020:

    TAHUN JUMLAH PENGUNJUNG
    2015 1,034
    2016 739
    2017 808
    2018 600
    2019 812
    2020 510
    JUMLAH 4,503

    Statistik bilangan pengunjung menurun pada tahun 2020 kerana penutupan perkhidmatan perpustakaan akibat pelaksanaan PKP disebabkan pandemik Covid-19 dan pematuhan SOP MKN yang menghadkan pelaksanaan program/ aktiviti perpustakaan serta kehadiran secara fizikal ke perpustakaan melalui janji temu.

    Lima (5) kategori subjek tertinggi yang menjadi rujukan utama pengunjung:

    BIL. SUBJEK 2015 2016 2017 2018 2019 2020 JUMLAH
    1. Undang-undang 256 152 166 183 212 112 1,081
    2. Pentadbiran Awam
    3. Perkhidmatan Awam
    4. Agama Islam 79 27 105 80 37 45 373
    5. Sastera (Fiksyen) 252 77 216 69 246 169 1,029

Lampiran

Tiada Lampiran.