Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

67) PUBLISITI / PROMOSI SEKTOR PELANCONGAN DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan saluran-saluran serta akaun yang digunakan oleh Kerajaaan Negeri bagi tujuan publisiti / promosi sektor pelancongan di Selangor (e.g. Facebook / Tik Tok / Twitter, etc).

    Senarai saluran-saluran komunikasi serta akaun media sosial yang digunakan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor, bagi tujuan promosi sektor pelancongan mengikut pecahan adalah seperti berikut:-

    I. 4 Akaun Facebook: Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Bahasa Cina
    II. 3 Akaun Instagram: Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun
    III. Twitter
    IV. Tik Tok
    V. Weibo
    VI. Linked-in
    VII. Wechat
    VIII. Youtube
    IX. Telegram
    X. Laman Sesawang Rasmi: www.selangor.travel

Lampiran

Tiada Lampiran.