Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

65) HAIWAN LIAR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan tertentu untuk membendung masalah haiwan-haiwan liar seperti monyet, kera, anjing liar dan babi hutan yang sudah lama dan sering mengganggu keselamatan masyarakat setempat dan merosakkan harta benda di kampung-kampung DUN Ijok?

    Unit Kawalan Vektor dan Haiwan Terbiar, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran telah menyediakan 23 buah perangkap monyet bagi mengurangkan isu haiwan terbiar seperti kacauganggu monyet/ kera. Perangkap diletakkan di setiap zon dengan kerjasama ahli majlis, pengerusi/ ketua kampung serta Jabatan Perhilitan.

     

    Selain itu, bagi isu anjing terbiar, penangkapan dijalankan setiap hari mengikut aduan yang diterima. Jika aduan adalah di dalam kawasan perkampungan, beberapa perangkap akan diletakkan dengan bekerjasama dengan ketua kampung berkaitan.

     

    Manakala isu babi hutan pula, pihak jabatan telah mewujudkan satu idea inovasi iaitu perangkap ‘multi trapper’ yang diletakkan di kawasan aduan yang diterima. Hasil tangkapan akan dipanjangkan ke jabatan Perhilitan, bagi membendung kacau ganggu haiwan tersebut.

     

    Sebanyak 1898 ekor monyet/ kera, anjing dan babi  yang telah ditangkap dalam Operasi tangkapan Haiwan terbiar dari bulan Januari sehingga Oktober 2021. Berikut adalah laporan tangkapan haiwan tersebut :-

     

     

    Bulan

    Anjing Babi Monyet
    Jan 205 0 0
    Feb 192 2 0
    Mac 201 0 0
    April 128 0 0
    Mei 133 0 1
    Jun 195 0 21
    Julai 165 0 0
    Ogos 195 0 3
    Sept 214 1 3
    Okt 189 3 47
    Jumlah 1817 6 75
    Jumlah Keseluruhan 1898

Lampiran

Tiada Lampiran.