Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

63) MASALAH BEKALAN AIR TERPUTUS

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan jangka panjang dan pendek Kerajaan Negeri apabila berlaku gangguan air terputus yang sentiasa berulang setiap tahun?

    Terdapat 2 jenis gangguan bekalan air tidak berjadual yang berulang setiap tahun iaitu:

    • Gangguan bekalan air tidak berjadual yang disebabkan oleh pencemaran sumber air mentah seperti sungai yang mana Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor sedang melaksanakan Skim Jaminan Air Mentah.
    • Gangguan bekalan air tidak berjadual yang disebabkan oleh kes paip pecah pula, Air Selangor telah dan sedang melaksanakan tindakan seperti berikut:
    • Bagi tindakan jangka pendek adalah dengan mengoptimakan tekanan air dalam paip dengan penubuhan DMZ (District Metering Zone) dan PMZ (Pressure Management Zone).
    • Bagi tindakan jangka panjang pula adalah dengan menukar paip-paip air lama dan usang sepanjang lebih kurang 150km setahun menerusi Program Penggantian Paip air.

     

    Kedua-dua tindakan jangka pendek dan panjang di atas telah berjaya mengurangkan indeks paip pecah dari 20.48 kes paip pecah/100km/tahun (2016) kepada 7.46 kes paip pecah/100km/tahun (September 2021) berbanding piawaian antarabangsa pada tahap 13 kes paip pecah/100km/tahun.

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi projek baikpulih masalah air di Selangor?

    Bermula dari tahun 2016 hingga Oktober 2021, Air Selangor telah membelanjakan sejumlah RM 836 juta bagi melaksanakan program penggantian paip yang dibiayai melalui peruntukan kewangan dalaman Air Selangor, geran dan pinjaman Kerajaan Negeri. Jumlah peruntukan Kerajaan Negeri menerusi geran dan pinjaman kepada Air Selangor adalah berjumlah RM 324.3 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.