Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

47) PROGRAM RUMAH PRIHATIN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kaedah dan perlaksanaan program Rumah Prihatin?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin berperanan untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan bagi membantu menyediakan sebuah kediaman yang selesa dan selamat untuk didiami di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Program ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dimana jumlah pendapatan seisi rumah adalah dibawah RM2,000.00 sebulan. Bantuan ini diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai, menduduki rumah yang serba daif dan tidak selamat untuk diduduki.

     

    Di bawah program ini juga, terdapat dua jenis bantuan iaitu bina baru sebuah rumah 3 bilik yang berkeluasan 660 kakipersegi dengan kos sebanyak RM50,000.00 bagi seunit rumah dan bantuan baikpulih rumah dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bergantung kepada kerosakan yang dialami dengan mendapat pengesahan oleh Bahagian Teknikal Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan.

    Proses permohonan di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut :

     

    LANGKAH PERKARA BUTIRAN
    1. Semak Kelayakan Pemohon semak kelayakan sendiri
    2. Lengkapkan Borang Permohonan Pemohon lengkapkan borang
    3. Hantar Borang Permohonan Pemohon kemukakan borang permohonan kepada Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ PDT berkenaan

     

    4. PDT Semak Borang Permohonan

     

     

     

    Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ PDT berkenaan membuat semakan dokumentasi dan kelayakan
    5. PDT Siasatan Awal Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ PDT berkenaan membuat siasatan awal dan syor
    6. UPEN Semak Semula Borang Permohonan UPEN akan membuat semakan kedua dokumentasi dan kelayakan selaras syor dikemukakan
    7. Lawatan Siasatan Tapak Bersama Lawatan Siasatan Tapak Bersama Pemohon, PDT (Bahagian Teknikal) berkenaan dan UPEN
    8. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Penghulu Mukim/ PDT berkenaan akan membentangkan permohonan dan laporan untuk pertimbangan ahli mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB EXCO
    9. Keputusan Mesyuarat Keputusan mesyuarat akan diedarkan oleh UPEN kepada pihak yang berkenaan

     

    Walau bagaiamanpun, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin melalui Mesyuarat Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin akan mengutamakan permohonan baikpulih sahaja ketika ini memandangkan peruntukan yang disediakan amat terhad dan secara tidak langsung dapat membantu lebih ramai yang dalam kesusahan.

    Bagi tahun 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Program Kerajaan Prihatin telah meluluskan bantuan kepada 65 buah keluarga merangkumi bantuan bina baru sebanyak 17 dan baikpulih sebanyak 48. Walau bagaimanapun, butiran penerima berkenaan tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN sebaliknya mengikut kawasan daerah masing – masing sepertimana butiran pecahan di bawah :

     

    TAHUN

     

    DAERAH

    2021 JUMLAH MENGIKUT DAERAH
    BINA BARU BAIK PULIH
    KLANG 2 3 5
    PETALING 2 1 3
    KUALA LANGAT 11 11
    HULU LANGAT 1 4 5
    SABAK BERNAM 13 13 26
    KUALA SELANGOR 3 7 10
    GOMBAK 2 4 6
    HULU SELANGOR 2 2
    SEPANG 5 5
    JUMLAH KESELURUHAN 17 48 65

     

     

  2. Apakah program Rumah Prihatin tertumpu kepada binaan baharu atau baik pulih rumah sahaja?

    Jawapan adalah sama seperti di (a).

  3. Senaraikan jumlah penerima bantuan rumah prihatin mengikut DUN.

    Jawapan adalah sama seperti di (a).

Lampiran

Tiada Lampiran.