Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
33) PEMBINAAN SRA DAN SMA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa keperluan sekolah-sekolah tersebut dikenal pasti dan dibina mengikut rancangan?
Kerajaan memastikan keperluan sekolah-sekolah dikenal pasti dan dibina mengikut rancangan adalah berdasarkan:
1) Keperluan dan unjuran kependudukan di setiap kawasan.
2) Penilaian berkaitan keperluan utama, teknikal dan strategik serta memberikan merit mengikut keutamaan.
3) Cadangan kepada pihak Unit Perancang Negeri (UPEN) untuk dimasukkan dalam perancangan pembangunan.
-
Berapakah jumlah dan lokasi sekolah-sekolah tersebut?
RMK 12, terdapat 16 lokasi yang disesuaikan dengan peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri seperti yang dilampirkan di LAMPIRAN A. Manakala bagi Sekolah Agama Menengah (SAM), tiada cadangan untuk menambah jumlah sekolah yang sedia ada di negeri ini. Tumpuan akan diberikan hanya kepada pembinaan bangunan tambahan untuk meningkatkan tawaran kemasukan pelajar.
-
Berapakah bilangan pelajar dan guru yang terlibat?
Boleh memuatkan 1,600 murid dalam satu sesi (40 bilik darjah) dan, minimum 40 orang guru akan ditempatkan di sekolah berserta 5 orang pentadbir.
LAMPIRAN A
SENARAI LOKASI YANG TELAH DISENARAIKAN DALAM RMK12
BIL NAMA SEKOLAH/ PUSAT KEGIATAN GURU LOKASI KOD PROJEK 1. SRA Rinching Tengah (Baru) Bangi, Hulu Langat 01702 2. SRA Teknologi Kajang (Baru) Kajang, Hulu Langat 01703 3. SRA Kota Warisan (Baru) Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 01802 4. SRA Puchong Perdana (Baru) Puchong, Petaling 01302 5. SRA Puchong Utama (Baru) Puchong, Petaling 01303 6. SRA Puchong Perdana (Baru) Puchong, Petaling 01302 7. SRA Kota Kemuning (Baru) Klang 01501 8. SRA Bandar Saujana Putra (Baru) Jenjarom, Kuala Langat 01604 9. Pusat Kegiatan Guru Hulu Langat (Naik taraf) Kajang, Hulu Langat 01704 10. SAMT Kuala Kubu Bharu (Naik taraf) Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor 01112 11. SAMT Seksyen 11 (Naik taraf) Shah Alam, Petaling 01305 12. SRAI Seksyen 19 (Naik Taraf) Shah Alam, Petaling 01304 13. SRA Bukit Sentosa Fasa 1 (Tambahan) Rawang, Hulu Selangor 01111 14. SAM Pasir Panjang (Tambahan) (Asrama) Sungai Besar, Sabak Bernam 01123 15. SRA Puncak Alam 2 (Tambahan) Puncak Alam, Kuala Selangor 01902 16. SRA Jenjarom (Tambahan) Jenjarom, Kuala Langat 01605 17. SRA Seksyen 7 (Tambahan) Sambungan RMK11 Shah Alam, Petaling 01307