Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

27) BANJIR KILAT TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah perancangan pihak MPK untuk mengatasi masalah banjir kilat di Taman Sungai Kapar Indah?

    Bagi mengatasi masalah banjir kilat di Taman Sungai Kapar Indah, Majlis Perbandaran Klang telah membuat perancangan kerja seperti berikut:

     

    1. Melantik juruperunding untuk membuat kajian dan cadangan rekabentuk bagi mengatasi banjir yang dijangka akan siap pada bulan Januari 2022.
    2. Pihak majlis akan memanggil kerja menaiktaraf perparitan berdasarkan rekabentuk juruperunding pada awal tahun 2022.

     

  2. Adakah pihak MPK membuat kajian punca kejadian banjir kilat apabila setiap kali hujan lebat turun?

    Pada masa ini, kajian punca banjir dan cadangan sedang dilaksanakan oleh pihak perunding yang dilantik oleh Majlis dan mengambil masa selama 4 bulan mulai bulan Oktober 2021 sehingga Januari 2022. Skop kerja perunding adalah seperti seperti berikut:

    1. Menjalankan siasatan tapak termasuk kerja-kerja pemetaan utiliti, siasatan tanah (soil investigation) dan kerja ukur aras tanah.
    2. Membuat analisa hidrologi dan hidraulik, reka bentuk terperinci penambahbaikan terhadap saliran sediada.
    3. Menyediakan pelan dan dokumentasi bagi pemanggilan cadangan pelaksanaan kerja.

Lampiran

Tiada Lampiran.