Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

22) PROJECT WCE

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membendung masalah-masalah yang timbul daripada projek WCE seperti kerosakan jalan oleh lori-lori lebih muatan, banjir akibat parit tersumbat dan pencemaran udara ?

    Bagi mengatasi kerosakan jalan akibat kerja-kerja pembinaan lebuhraya di bawah WCE, JKR Selangor telah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk membaikpulih jalan-jalan yang rosak diakibatkan oleh kenderaan lebih muatan yang melalui jalan berkenaan. Kerja-kerja baikpulih adalah menggunakan peruntukan MARRIS dan lokasi kerja-kerja baikpulih adalah tertumpu kepada Jalan Bukit Badong, Daerah Kuala Selangor yang mengalami kerosakan kritikal.

     

    Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan & Penyeragaman Berkaitan Bahan Batuan Dan Mineral Negeri Selangor Bil. 1/2020 telah memutuskan agar pengusaha (pemegang permit bahan batuan) dan kontraktor di lokaliti berkenaan perlu menyelenggara jalan-jalan yang rosak diakibatkan oleh kenderaan lebih muatan.

     

    Sebahagian kerja-kerja baikpulih dilaksanakan oleh pihak WCE dan syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Negeri, iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Sejak tahun 2020, JKR Selangor telah membelanjakan anggaran peruntukan berjumlah RM5.3 juta bagi kerja-kerja baikpulih jalan di lokasi yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.