Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

19) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek dan unit terbengkalai pada masa sekarang, mengikut PBT?

    Untuk makluman Yang Berhormat, projek pemajuan terbengkalai di Negeri Selangor dikategorikan kepada dua (2) iaitu projek Terbengkalai (Berlesen); dan Projek Bermasalah (Tanpa Lesen). Sehingga kini sebanyak 178 jumlah projek Terbengkalai dan Bermasalah yang melibatkan 36,076 unit mengikut PBT seperti berikut:

     

    BIL. PBT JUMLAH PROJEK TERBENGKALAI JUMLAH UNIT JUMLAH PROJEK

    BERMASALAH

    JUMLAH UNIT
    1. MBSA 4 168 11 1725
    2. MBPJ 2 445
    3 MPK 5 739 41 5788
    4. MBSJ 3 3228 2 319
    5. MPAJ 6 2802
    6. MPS 8 3041 10 3956
    7. MPKJ 5 954 14 3629
    8. MPSp 3 907 7 199
    9. MPKL 1 148 31 1051
    10. MPKS 11 2029
    11. MPHS 2 951 11 4557
    12. MDSB 1 30
    JUMLAH 31 10,136 147 25,940
  2. Berapakah yang telah diselesaikan sehingga kini mengikut tarikh ?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 85 jumlah projek terbengkalai yang telah diselesaikan seperti di LAMPIRAN A.

  3. Selain daripada Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai yang diwujudkan di peringkat PBT, apakah kaedah baru yang digunakan menyelesaikan projek terbengkalai?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa proaktif betindak sebagai fasilitator/mediator dalam usaha-usaha memulih atau menyelesaikan isu projek terbengkalai atau bermasalah di Negeri Selangor walaupun punca dan bidang kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]. Sehubungan itu, selain daripada Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai yang diwujudkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kaedah baru yang digunakan bagi menyelesaikan projek terbengkalai adalah seperti berikut:

     

    1. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal / Mesyuarat Penyelarasan Projek Terbengkalai secara berkala bersama agensi-agensi yang berkepentingan bagi meneliti permasalahan serta mengkaji pelan cadangan penyelesaian yang komprehensif dan menyeluruh khususnya bagi Projek Pembesaran Kampung seperti penyelesaian hakmilik serta berunding dengan pembeli berhubung tawaran penyelesaian samada meneruskan projek dengan kos tambahan (top up) ATAU menyerahkan unit mereka kepada pemaju penyelamat dengan diberikan pampasan (refund) ATAU pemindahan Pembeli terlibat ke Kawasan lain ATAU lain-lain yang dipersetujui.
    2. Kerajaan Negeri sedang mengkaji agar projek perumahan Terbengkalai atau Bermasalah yang belum mempunyai pemaju penyelamat ini dapat dilaksanakan kajian awalan atau kemungkinan (feasibility study) samada oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri atau pemaju penyelamat swasta melalui kaedah pengurusan perkongsian maklumat di peringkat LPHS, Pejabat Tanah Daerah mahupun di PBT.
    3. Cadangan agar baki dana Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) dapat dibiayai oleh Kerajaan Negeri bertujuan mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CCC) bagi projek-projek Terbengkalai atau Bermasalah yang dikenalpasti berpotensi.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.