Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

15) PELABURAN INDUSTRI PERKILANGAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah yang telah berjaya dibawa ke negeri Selangor dalam industri perkilangan dari pelaburan asing dan tempatan sepanjang tahun 2021?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 sebanyak 122 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4,639,452,938 (RM 4.64 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 4,062,465,830 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 576,987,108 daripada pelaburan asing. Sebanyak 9,179 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan

  2. Senaraikan kawasan yang sudah dalam pembinaan untuk sektor perkilangan dan nytakan projek yang dalam perancangan?

    Kelulusan projek perkilangan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 mengikut lokasi dan daerah di Negeri Selangor seperti berikut;

    Daerah / Lokasi Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Petaling          
    Sungai Way FTZ / Seri Setia FTZ 1 559 0 350,174,346 350,174,346
    Petaling Jaya 3 109 57,089,439 2,595,000 59,684,439
    Puchong 4 87 82,081,470 793,218 82,874,688
    Puchong IE 2 118 285,116,693 0 285,116,693
    Sungai Buloh Kuala Lumpur (PJ) / Sungai Buloh Shah Alam 2 140 12,015,698 3,000,000 15,015,698
    Seri Kembangan / Serdang 6 220 82,905,857 0 82,905,857
    Subang 1 52 39,740,773 0 39,740,773
    Subang Jaya 1 0 3,320,150 0 3,320,150
    Subang Jaya IE 1 59 7,283,540 7,283,540 14,567,080
    Subang UEP 1 65 7,100,000 63,900,000 71,000,000
    Glenmarie 2 240 161,200,000 12,645,376 173,845,376
    Shah Alam 18 484 322,632,378 14,156,050 336,788,428
    Jumlah 42 2,133 1,060,485,998 454,547,530 1,515,033,528
    Klang          
    Klang 16 600 194,414,274 31,418,341 225,832,615
    Pelabuhan Klang 3 110 44,955,336 20,190,000 65,145,336
    Pandamaran IE 1 0 2,379,762 238,238 2,618,000
    Pandamaran 3 33 12,982,000 0 12,982,000
    Selat Kelang Utara IE 2 59 43,600,000 0 43,600,000
    Rantau Panjang Klang 1 75 14,800,000 0 14,800,000
    Kapar 2 14 6,742,457 4,015,003 10,757,460
    Pulau Indah IE 2 48 97,430,367 23,520 97,453,887
    Teluk Gong 2 26 7,878,988 8,636,964 16,515,952
    Jumlah 32 965 425,183,184 64,522,066 489,705,250
    Kuala Selangor          
    Ijok 2 84 28,494,325 4,462,072 32,956,397
    Jumlah 2 84 28,494,325 4,462,072 32,956,397
    Hulu Langat          
    Bangi IE (Ph.1 & Ph.2) 1 0 2,591,400 0 2,591,400
    Cheras Jaya IE / Inch Kenneth / Balakong 1 0 7,391,694 0 7,391,694
    Balakong IE 3 299 65,222,587 0 65,222,587
    Bangi 1 39 14,069,000 0 14,069,000
    Kajang 4 131 40,561,084 0 40,561,084
    Beranang 4 222 55,569,431 5,035,634 60,605,065
    Beranang IE 1 45 16,651,249 0 16,651,249
    Balakong 1 82 10,994,293 0 10,994,293
    Bandar Teknologi Kajang 3 120 24,922,770 0 24,922,770
    Semenyih 1 28 10,000,000 0 10,000,000
               
    Jumlah 20 966 247,973,508 5,035,634 253,009,142
    Gombak          
    Batu Caves 1 59 22,436,386 5,609,096 28,045,482
    Selayang IE 1 125 28,828,892 0 28,828,892
    Rawang IE 2 60 16,075,436 0 16,075,436
    Rawang 6 260 47,498,473 12,310,000 59,808,473
    Kepong (Selayang) 1 14 2,529,776 0 2,529,776
    Jumlah 11 518 117,368,963 17,919,096 135,288,059
    Kuala Langat          
    Banting 2 775 321,066,082 8,700,710 329,766,792
    Telok Panglima Garang IE 1 5 0 0 0
    Telok Panglima Garang 4 240 45,995,420 21,800,000 67,795,420
               
    Jumlah 7 1,020 367,061,502 30,500,710 397,562,212
    Hulu Selangor          
    Sungai Choh Rawang-Hulu Selangor 1 75 13,200,000 0 13,200,000
    Serendah 2 59 33,031,000 0 33,031,000
    Bukit Beruntung 2 42 27,761,550 0 27,761,550
    Jumlah 5 176 73,992,550 0 73,992,550
    Sepang          
    Sepang 1 3,181 1,700,300,000 0 1,700,300,000
    Jumlah 1 3,181 1,700,300,000 0 1,700,300,000
    Sabak Bernam        
    Sekinchan 1 90 36,446,800 0 36,446,800
    Sabak Bernam 1 46 5,159,000 0 5,159,000
    Sungai Besar     0
    Jumlah 2 136 41,605,800 0 41,605,800
               
    Lain-lain Kawasan         0
               
    Jumlah 122 9,179 4,062,465,830 576,987,108 4,639,452,938

     

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor turut membantu menyelaras kelulusan pembangunan yang melibatkan sebanyak 29 syarikat perkilangan di Negeri Selangor melibatkan beberapa daerah seperti di Kuala Langat, Sepang, Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

     

    Penglibatan Invest Selangor hanya melibatkan beberapa projek sahaja dan tidak menunjukkan jumlah sebenar bilangan projek yang diluluskan oleh pihak MIDA di Selangor kerana tidak semua projek perkilangan yang diluluskan merujuk kepada Invest Selangor dalam proses pembangunan mereka.

    Selain itu, terdapat juga kelulusan projek perkilangan yang melibatkan aktiviti pengembangan dan penambahan pelaburan di atas tapak kilang yang sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.