Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

13) PELANCONGAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Projek pelancongan perindustrian akan dilancarkan pada awal tahun depan di Balakong, apakah bantuan atau insentif yang akan diberi oleh Kerajaan Negeri?

    Untuk makluman, buat masa ini, tiada lagi bantuan atau insentif khusus yang diberikan bagi Projek Pelancongan Perindustrian (Industrial Tourism) tersebut. Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri amat prihatin dalam usaha membangunkan produk pelancongan baru di Negeri Selangor dan salah satu prospek tersebut adalah produk-produk pelancongan yang berkonsepkan perindustrian yang dijangka mampu menarik minat para pelancong serta memeriahkan lagi sektor pelancongan di Negeri Selangor.

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor telah bersedia memperkasakan semula sektor pelancongan di Negeri Selangor dengan memperkenalkan bantuan atau insentif yang dapat dimanfaatkan oleh sebahagian besar penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor.

    Antaranya adalah seperti Pakej Prihatin Kita Selangor 2.0 melalui Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan dan Pertandingan Pitching Negeri Selangor. Pihak Yang Berhormat adalah dipohon untuk mewar-warkan inisiatif ini, kepada MPKK dan Persatuan Komuniti di kawasan DUN Yang Berhormat untuk memohon Geran Bantuan Kita Selangor, dengan jumlah maksimum sebanyak RM20,000 bagi satu permohonan untuk membantu mempromosikan pelancongan perindustrian di kawasan DUN Balakong. Jangka masa proses permohonan Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan ini dibuka sehingga 31 Disember 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.