Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

6) ECOB

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan sistem eCOB diuruskan oleh syarikat swasta iaitu Odesi ECOB Sdn. Bhd., sila nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan maklumat peribadi pengguna dan maklumat yang dimuatnaik adalah selamat daripada pencerobohan dan tidak digunakan dengan cara yang melanggar PDPA2010.

    Untuk makluman Yang Berhormat, pemakaian sistem eCOB telah dilaksanakan sejak awal tahun 2020 di semua Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sistem ini bertindak sebagai sistem berpusat untuk menyimpan semua data secara digital yang berkaitan dengan Kawasan Pembangunan Strata, pengurusan maklumat JMB dan MC.
    Bagi memastikan kerahsian data yang dikemukakan terpelihara, adalah dinyatakan secara jellas di dalam klausa 20 Perjanjian Perkhidmatan yang dimeterai di antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Odesi ECOB Sdn. Bhd. Berdasarkan peruntukan ini, pihak syarikat dikehendaki untuk menjaga kerahsiaan dan tidak membuat sebarang pendedahan data melainkan ianya dituntut melalui perundangan, Selain itu juga, menurut klausa 21, syarikat telah mengakujanji bahawa perkhidmatan yang diberikan adalah terikat dengan Akta Perlindungan Peribadi 2010 (PDPA2010). Maka itu, sebarang penyebaran dan/atau pendedahan maklumat oleh syarikat adalah satu pelanggaran kontrak di mana tindakan perundangan seperti pemecahan kontrak boleh diambil di atas syarikat sekiranya didapati berlakunya kebocoran maklumat.
    Sebagai langkah kawalan, akses sistem juga dihadkan yang mana JMB/MC hanya boleh mengakses atau melihat data berkaitan pangsapuri mereka sahaja. Malahan, di peringkat COB juga dibenarkan mengakses data-data di bawah kawasan seliaan PBT mereka sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.