Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
207) RUMAH TRANSIT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan rumah transit untuk gelandangan sehingga mereka dapat semula pekerjaan dan tempat kediaman?
Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor sentiasa prihatin berhubung isu gelandangan di Negeri Selangor. JKM Negeri Selangor adalah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] di mana peranan Jabatan adalah untuk menyelamatkan orang papa seperti diperuntukkan di bawah Akta 183 tersebut.
Pada masa ini JKM Negeri Selangor menempatkan kes-kes orang papa yang diselamatkan di Pusat Jagaan NGO atau Pusat Sehenti Kompleks Penyayang Bakti Sg. Buloh. Justeru, pihak Kerajaan Negeri menerusi JKM Selangor tidak berhasrat untuk menyediakan rumah transit untuk gelandangan.
-
Berapakah jumlah gelandangan yang sudah menerima tempat kediaman serta mendapat pekerjaan?
Statistik jumlah orang papa yang diselamatkan bagi tahun 2021 Januari hingga September adalah sejumlah 149 orang iaitu melibatkan 115 warganegara dan 34 orang bukan warganegara.
Bagi kes orang papa yang melibatkan warganegara, mereka akan diserahkan semula kepada waris/ penjaga dan bantuan kewangan secara bulanan akan diberikan sekiranya memenuhi kelayakan. Manakala, bagi kes orang papa yang tiada waris / penjaga, golongan ini ditempatkan di institusi kebajikan atau pusat jagaan NGO.
Statistik jumlah orang papa yang diselamatkan mengikut daerah bagi tahun 2021 Januari hingga September adalah seperti berikut:
Daerah /Bahagian / Jajahan Orang Papa Yang Diselamatkan Jumlah Keseluruhan (A) + (B) = (C) Waganegara Bukan Warganegara Pengemis Peleser Jumlah (A) Pengemis Peleser Jumlah (B) Petaling 2 6 8 0 0 0 8 Subang Jaya 0 14 14 0 0 0 14 Shah Alam 2 1 3 0 0 0 3 Klang 4 35 39 16 2 18 57 Hulu Langat 4 6 10 10 3 13 23 Gombak 3 27 30 0 1 1 31 Kuala Langat 1 4 5 1 0 1 6 Sepang 0 3 3 0 0 0 3 Hulu Selangor 0 3 3 1 0 1 4 Kuala Selangor 0 0 0 0 0 0 0 Sabak Bernam 0 0 0 0 0 0 0 Jumlah Keseluruhan
16 99 115 28 6 34 149