Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
203) GRADUAN UNISEL
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah graduan UNISEL dari 2019-2021 mengikut kursus yang diambil?
Jumlah graduan UNISEL dari tahun 2019-2020 mengikut kursus yang diambil adalah seperti berikut:
- Pecahan mengikut Program Pengajian
BIL PROGRAM PENGAJIAN 2019 2020 1 PENGAJIAN TAHUN ASAS 306 307 2 DIPLOMA 1260 780 3. IJAZAH SARJANA MUDA 1659 968 4. SARJANA 30 15 5. Ph.D/ DOKTOR FALSAFAH 25 5 JUMLAH 3280 2075 - Pecahan graduan mengikut kursus
BIL KURSUS 2019 2020 1 PENGAJIAN TAHUN ASAS (SAINS) 32 30 2 PROGRAM ASAS PENGURUSAN 114 125 3 PROGRAM ASAS SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA) 101 114 4 PROGRAM ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT 59 38 5 DIPLOMA AKUAKULTUR 8 8 6 DIPLOMA FISIOTERAPI 26 8 7 DIPLOMA INDUSTRI BIOTEKNOLOGI 8 10 8 DIPLOMA INDUSTRI MULTIMEDIA 6 10 9 DIPLOMA KEJURURAWATAN 11 4 10 DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM 6 11 11 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 3 8 12 DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL 10 9 13 DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK 1 2 14 DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN 8 7 15 DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA 62 17 16 DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) 35 21 17 DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN PRASEKOLAH) 261 176 18 DIPLOMA PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA 150 60 19 DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN 15 2 20 DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI SUKAN 66 54 21 DIPLOMA PENGURUSAN PENTADBIRAN 81 79 22 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN 198 123 23 DIPLOMA PERAKAUNAN 79 47 24 DIPLOMA SAINS KOMPUTER (PENGKOMPUTERAN INDUSTRI) 22 7 25 DIPLOMA SAINS KUANTITATIF 6 1 26 DIPLOMA SAINS PERPUSTAKAAN 8 10 27 DIPLOMA SENI REKA GRAFIK DIGITAL 78 43 28 DIPLOMA TEKNOLOGI FOTOGRAFI 22 10 29 DIPLOMA TEKNOLOGI INDUSTRI 29 28 30 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT 34 19 31 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI MUDAHALIH) 1 32 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN 26 6 33 IJAZAH SARJANA KEJURUTERAAN (MELALUI PENYELIDIKAN) 1 34 IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) SENI REKA GRAFIK DIGITAL 49 18 35 IJAZAH SARJANA MUDA BIOINFORMATIK (KEPUJIAN) 6 6 36 IJAZAH SARJANA MUDA INDUSTRI BIOTEKNOLOGI (KEPUJIAN) 30 26 37 IJAZAH SARJANA MUDA INDUSTRI MULTIMEDIA (KEPUJIAN) 17 12 38 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) AWAM 13 21 39 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) ELEKTRIK 9 10 40 IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) MEKANIKAL 24 11 41 IJAZAH SARJANA MUDA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KEPUJIAN) 14 42 IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (KEPUJIAN) (KEWARTAWANAN) 16 20 43 IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (KEPUJIAN) (KOMUNIKASI KORPORAT) 49 32 44 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) (PENGAJIAN ISLAM) 109 42 45 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA 235 85 46 IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI (KEPUJIAN) 36 17 47 IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) 126 120 48 IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (KEPUJIAN) 200 195 49 IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN) 155 101 50 IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI INDUSTRI (KEPUJIAN) 18 21 51 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) MATEMATIK DENGAN STATISTIK 20 4 52 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI INDUSTRI 12 2 53 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEJURUTERAAN PERISIAN) (KEPUJIAN) 9 5 54 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN) 6 4 55 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN) (KESELAMATAN RANGKAIAN DAN DIGITAL FORENSIK) 13 4 56 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKMAL PERUBATAN (KEPUJIAN) 80 35 57 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PERPUSTAKAAN (KEPUJIAN) 19 1 58 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PERSEKITARAN (KEPUJIAN)(KEPELBAGAIAN BIOLOGI DAN PEMULIHARAAN) 5 1 59 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN (KEPUJIAN) 17 9 60 IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (KEPUJIAN) 30 24 61 IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGURUSAN PENGETAHUAN) (KEPUJIAN) 9 3 62 IJAZAH SARJANA SAINS KOMPUTER (KEJURUTERAAN PERISIAN) 2 63 IJAZAH SARJANA TEKNOLOGI MAKLUMAT 3 2 64 SARJANA MUDA KEWANGAN (KEPUJIAN) 85 72 65 SARJANA MUDA PEMASARAN (KEPUJIAN) 15 5 66 SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK) 232 62 67 SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN DISIPLIN) 8 1 68 SARJANA PENGURUSAN (MELALUI PENYELIDIKAN) 2 69 SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN 16 7 70 SARJANA SAINS (BIOTEKNOLOGI) 2 71 SARJANA SAINS HAYAT 1 1 72 DOKTOR FALSAFAH BIOTEKNOLOGI 1 73 DOKTOR FALSAFAH KEJURUTERAAN (MELALUI PENYELIDIKAN) 1 74 DOKTOR FALSAFAH PENDIDIKAN 3 1 75 DOKTOR FALSAFAH PENGKOMPUTERAN 1 76 DOKTOR FALSAFAH PENGURUSAN 3 3 77 DOKTOR FALSAFAH SAINS 1 78 DOKTOR FALSAFAH SAINS SOSIAL 2 1 79 DOKTOR PENDIDIKAN 13 JUMLAH 3280 2075 - Pelajar yang tamat tahun 2021 masih belum bergraduat
-
Sejauh mana hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan UNISEL sebagai tempat pendidikan percuma kepada rakyat?
Bagi menjadikan UNISEL sebagai institusi pengajian diperingkat tinggi, usaha dilakukan dengan memberi ruang seluasnya kepada semua tanpa mengira latarbelakang keluarga, agama dan etnik untuk menyambung kembara ilmu tanpa dibebankan oleh halangan kewangan yang mencengkam.
Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UNISEL Kali ke-68 (Bil. 03/2016) bertarikh 30 Mac 2016 telah meluluskan Skim Dermasiswa Yuran Pengajian Percuma Program Asas UNISEL untuk dilaksanakan bermula kemasukan Mei 2016. Skim menjadi paksi bermulanya usaha ke arah merealisasikan pendidikan percuma di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya. Skim Dermasiswa ini kemudiannya diumumkan sewaktu sesi penggulungan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor 2016.
Walaupun yuran pengajian adalah percuma, namun UNISEL tidak berkompromi dari segi kualiti. Tenaga pengajar yang disediakan di peringkat Tahun Asas turut terdiri dari pemegang PhD, tenaga pakar, saintis dan mereka yang mahir dalam ilmu kemanusiaan. Ini juga adalah atas hasrat UNISEL untuk melahirkan graduan yang benar-benar holistik dan bersedia bukan sahaja untuk industri malah untuk masyarakat dan kemanusiaan.
Selaras dengan usaha itu, objektif utama pelaksanaan ke arah pendidikan percuma adalah seperti makluman berikut:
- UNISEL sebagai IPT milik Kerajaan Negeri Selangor memberi peluang pendidikan seluasnya kepada rakyat Malaysia menerusi pendidikan percuma.
- Menyambut saranan Kerajaan Negeri yang menekankan kepada bidang Sains dan Teknologi (S&T).
- Pelaksanaan program yang memberi manfaat sangat positif kepada dasar Kerajaan Negeri Selangor.
- Membuktikan usaha mewujudkan pendidikan percuma bukan satu omongan kosong malah satu realiti.
Usaha ini mampu menjadi jenama kepada kerajaan negeri Selangor dan mampu dimantapkan lagi pelaksanaan keseluruhan sekiranya mendapat peruntukkan dan sokongan penuh dari kerajaan negeri Selangor.
KRONOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN PERCUMA MENERUSI PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN UNISEL
(i) Semester Mei 2016 – Skim Dermasiswa Yuran Pengajian Percuma Program Asas UNISEL
(ii) Semester November 2017 -Skim Dermasiswa Program Asas Percuma bagi program kritikal
(iii) Pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2018 pada 3 November 2017 meluluskan peruntukan berjumlah RM3.32 juta untuk program kritikal iaitu Program Asas Sains dan Program Asas Teknologi Maklumat. Peruntukan ini bertujuan untuk menawarkan Yuran Asrama Percuma dan duit poket bagi pelajar yang mengikuti dua program berkenaan bermula ambilan 2018.
(iv) Skim ini turut dipermudahkan kepada pelajar dalam kategori Oku atau anak istimewa (ANIS) serta anak yang salah seorang ibubapanya OKU. Usaha ini mengambil sempena titah DYMM Tuanku Sultan Selangor sewaktu baginda menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-14 pada 14 Mac 2019.
(v) Semester April 2019 – pelaksanaan Skim Dermasiswa Trek Huffaz.
(vii) Julai 2019 – pelaksanaan Biasiswa Bestari bagi Ijazah Sarjana Muda / Diploma.
(viii) April 2020 – pelaksanaan Biasiswa Anak Borneo bagi Program Asas.
(ix) Julai 2020 – pelaksanaan Biasiswa Bestari Sains Kesihatan bagi Ijazah Sarjana Muda / Diploma.
(x) Julai 2020 – pelaksanaan Biasiswa Naib Canselor UNISEL.
SENARAI BIASISWA DALAMAN UNISEL
DERMASISWA / BIASISWA UNISEL 1 BIASISWA NAIB CANSELOR Ambilan Ogos 2020 · Khusus atas kelulusan Naib Canselor UNISEL untuk pelajar Diploma dan ISM terpilih · UNISEL menanggung yuran pengajian bagi Semester Pertama (sehingga maksimum RM5000)
2 BIASISWA BESTARI Ambilan Ogos 2020 · Khusus untuk pelajar ISM dan Diploma di UNISEL Bestari Jaya dari 13 DUN Selangor yang mengambil bahagian dengan disokong permohonan oleh Ahli Dewan Negeri berkenaan. · Penawaran khusus kepada 10 pemohon pertama dari setiap DUN yang mengambil bahagian.
· Syarat – perlu menamatkan pengajian hingga bergraduat.
3 BIASISWA BESTARI SAINS KESIHATAN Ambilan Ogos 2020 · Khusus untuk pelajar ISM dan Diploma di Fakulti Sains Kesihatan dari 13 DUN Selangor yang mengambil bahagian dengan disokong permohonan oleh Ahli Dewan Negeri berkenaan. · Penawaran khusus kepada 5 pemohon pertama dari setiap DUN yang mengambil bahagian.
· Syarat – perlu menamatkan pengajian hingga bergraduat.
3 DERMASISWA ASASI UNISEL Setiap ambilan Program Asas UNISEL · Terbuka khusus bagi kesemua Program Asas UNISEL dan ditawarkan kepada semua wargenegara Malaysia yang layak dari segi akademik serta mengambil SPM pada tahun sebelum itu (18 tahun). · UNISEL menanggung Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian untuk kesemua tiga semester.
· Syarat – perlu mengikut struktur semester program dan menandatangani kontrak perjanjian dan perlu menamatkan peringkat ISM hingga bergraduat.
4 BIASISWA ASASI BORNEO UNISEL Setiap ambilan Program Asas UNISEL · Terbuka khusus bagi kesemua Program Asas UNISEL dan ditawarkan kepada semua pelajar Sabah dan Sarawak yang layak dari segi akademik serta mengambil SPM pada tahun sebelum itu (18 tahun). · UNISEL menanggung Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian untuk kesemua tiga semester.
· Syarat – perlu mengikut struktur semester program dan menandatangani kontrak perjanjian dan perlu menamatkan peringkat ISM hingga bergraduat.
5 DERMASISWA ASASI TREK HUFFAZ Setiap ambilan Program Asas UNISEL · Terbuka khusus bagi kesemua Program Asas UNISEL Trek Huffaz dan ditawarkan kepada semua wargenegara Malaysia yang layak dari segi akademik serta mengambil SPM pada tahun sebelum itu (18 tahun). · UNISEL menanggung Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian untuk kesemua empat semester.
· Syarat – perlu mengikut struktur semester program dan menandatangani kontrak perjanjian dan perlu menamatkan peringkat ISM hingga bergraduat.
IMPLIKASI KEWANGAN SEBAGAI SUMBANGAN
UNISEL kini menjalankan kesemua dermasiswa dan biasiswa berkenaan dengan kos sendiri dengan hanya menggunakan sumber yuran dari pelajar berbayar sahaja bagi menampung kos keseluruhan pendemokrasian pendidikan ini. Sejak skim-skim pengajian percuma peringkat Program Asas diperkenalkan bermula kemasukan Mei 2016, sejumlah 1,300 telah menjadi penerima dan telah menamatkan pengajian di peringkat Program Asas.
Perincian kos kewangan dermasiswa adalah seperti butiran berikut:
(i) Kos ditaja UNISEL untuk setiap seorang pelajar:
Bil Makluman Jumlah 1 Yuran Pengajian maksimum RM8,040.00 2 Kos Pengurusan termasuk yuran pendaftaran semester, insuran pelajar RM2,750.00 Keseluruhan RM12,000.00 (ii) Jumlah komitmen keseluruhan untuk menanggung 1,300 pelajar berkenaan adalah RM15,600,000.00.
(iii) Jumlah pelajar sedia ada yang menikmati skim ini adalah berjumlah 285 pelajar dengan kos dermasiswa berjumlah 3,420,000.00.
(iv) UNISEL menerima RM275,100.00 dari jumlah keseluruhan RM3,320,000.00 yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi skim dermasiswa penuh yang diluluskan pada 2017.
(v) Bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma (Semester 1 percuma) , jumlah yang ditanggung adalah seperti butiran berikut :
Bil Makluman Jumlah Penerima Jumlah 1 Biasiswa Bestari 2019 – 27 2020 – 140
835,000.00 2 Biasiswa Bestari Sains Kesihatan 2020 – 70 350,000.00 3 Biasiswa Naib Canselor 2020 – 10 50,000 KESELURUHAN 237 RM1,235,000.00 Secara keseluruhan, perincian kos keseluruhan adalah seperti butiran berikut :
Bil Makluman Jumlah 1 Biasiswa-Biasiswa peringkat Program Asas
19,020,000.00 2 Biasiswa Peringkat Sarjana Muda dan Diploma 1,235,000.00 KESELURUHAN RM20,255,000.00