Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

192) HOME ASSESTMENT TOOLS

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri tidak merancang untuk memperluaskan Home Assessments Tools kepada semua penjawat awam yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19?

    Penjawat awam merupakan tonggak utama kepada pentadbiran Kerajaan Negeri. Keberkesanan pelaksanaan inisiatif yang direncana oleh Kerajaan Negeri turut bergantung kepada kecekapan pengurusan oleh penjawat awam. Di kala penularan penularan pandemik COVID-19, penjawat awam di negeri Selangor masih utuh menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memastikan kelancaran jentera pentadbiran awam. Justeru, kebajikan golongan ini amatlah dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak merancang bagi pemberian Home Assessments Tools (HAT) khusus kepada kepada penjawat awam yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Pemberian HAT ini adalah terbuka kepada semua rakyat yang telah dijangkiti COVID-19 dalam memastikan pelaksanaan kuarantin kendiri akan berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri terbuka untuk pemberian HAT khusus kepada penjawat awam tertakluk kepada keperluan dan situasi semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.