Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

186) PORTAL EPTRS.MY

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kemanakah hala tuju ePTRS ini? Adakah sekadar melepaskan batok di tangga?

    Hala tuju ePTRs.my adalah untuk menjadi gerbang pembelajaran atas talian di Negeri Selangor bagi memastikan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dapat dilaksaakan dengan lancar. Bagi tahun 2021 perancangan untuk portal ePTRS.my telah dikemaskini seperti berikut :

     

    1. Portal eptrs.my kini telah memuatkan video pembelajaran bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Video ini memuatkan bahan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah. Kandungan video pembelajaran ini adalah selaras dengan silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) terkini yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
    2. Selain itu, portal ini juga telah memuatkan fungsi terkini untuk pentadbiran PTRS yang dikenali sebagai admin.eptrs.my. Fungsi ini diwujudkan untuk memudahkan proses laporan dan pentadbiran PTRS di sekolah bersama pihak urus setia di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).
    3. Portal ePTRS.my juga akan memuatkan kandungan video Pecutan Akhir SPM yang akan memberik tips dan panduan menjawab peperiksaan kepada para pelajar.

     

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk meluaskan ePTRS untuk pembelajaran ke semua peringkat atau hanya kekal kepada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

    Kerajaan Negeri kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperluaskan penggunaan portal ini kepada semua peringkat pembelajaran agar tidak terhad kepada peringkat SPM sahaja. Aspek utama yang akan dipertimbangkan ialah berkaitan kandungan portal, tahap interaktif portal bersama pengguna dan capaian portal kepada pengguna.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.