Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

179) BANTUAN MEMBAIKI RUMAH DI DUN SUNGAI BURONG

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah permohonan dan kelulusan bagi bantuan membaiki rumah dari 2017-2020?

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong, kelulusan bagi Program Kerajaan Prihatin adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin yang dikhususkan kepada rakyat di 9 buah daerah di Negeri Selangor.

    Senarai pemohonan yang diluluskan bagi tahun 2017 hingga 2020 tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN sebaliknya dikategorikan  mengikut pecahan daerah sepertimana butiran berikut:-

     

    TAHUN

     

    DAERAH

    2017 2018 2019 2020 JUMLAH MENGIKUT DAERAH
    BAIK PULIH BAIK PULIH BAIK PULIH BAIK PULIH
    KLANG 1 5 2 8
    PETALING 2 5 7
    KUALA LANGAT 12 8 20
    HULU LANGAT 21 3 1 25
    SABAK BERNAM 10 14 18 42
    KUALA SELANGOR 14 12 26
    GOMBAK 1 5 8 8 22
    HULU SELANGOR 1 7 1 9
    SEPANG 8 3 11
    JUMLAH KESELURUHAN 58 34 67 11 170

     

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong juga, Kerajaan Negeri telah memperuntukan dana tahunan sebanyak RM1juta bagi membiayai kelulusan di bawah Program Kerajaan Prihatin. Walau bagaimanapun, beberapa Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor juga turut menyumbang dalam membiayai sebahagian daripada kos – kos pelaksanaan program ini tertakluk kepada keperluan semasa.

     

    Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan bagi membiayai kos membaiki rumah  bagi tahun 2017 sehingga 2020 juga tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN sebalik pecahan tahunan seperti butiran berikut :

     

    TAHUN PERBELANJAAN BAIKPULIH (RM)
    2017 1,160,000.00
    2018 680,000.00
    2019 860,000.00
    2020 214,819.35
    JUMLAH KESELURUHAN RM2,914,819.35
  2. Senaraikan secara terperinci jumlah dan kos membaiki rumah yang telah dilaksanakan dari 2017-2020 mengikut DUN?

    Jawapan adalah sama seperti di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.