Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
171) KEWANGAN MENTERI BESAR SELANGOR (PEMERBADANAN)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kedudukan kewangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bagi tahun berakhir 2020 dan suku tahun ketiga 2021 ? Apakah sebab penurunan tahap kewangan dan langkah strategik untuk menangani masalah ini?
MBI Selangor ditubuhkan di bawah Menteri Besar Selangor (Enakmen No. 3 Tahun 1994) pada 21 September 1994 dengan objektif mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan untuk mewakili Negeri Selangor dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.
MBI Selangor juga berperanan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial untuk rakyat. Pada dasarnya, MBI Selangor adalah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu aktiviti ekonomi dan sosial bagi pihak Kerajaan Negeri.
Hasil Pendapatan MBI pada tahun berakhir 2020 dan suku tahun ketiga 2021 turut terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda sejak tahun 2020. Walau bagaimanapun, MBI terus memberi sokongan kepada usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap rakyat di mana sumbangan berjumlah RM 86.59 juta telah disalurkan pada tahun 2020 dan RM 50.96 juta telah disalurkan setakat suku tahun ketiga 2021.
Kekurangan pendapatan yang direkodkan oleh MBI pada tahun berakhir 2020 dan suku tahun ketiga 2021 secara keseluruhan adalah atas sebab situasi pandemik COIVD-19 yang melanda seluruh negara. Aktiviti utama MBI iaitu pembangunan hartanah telah terjejas teruk semasa pandemik COVID-19.