Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
170) PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi memperkasakan pendidikan Maahad Tahfiz serta mempertingkatkan kebajikan pelajar?
Langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi memperkasakan pendidikan Maahad Tahfiz serta mempertingkatkan kebajikan pelajar adalah seperti:
1) Melaksanakan Program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah-sekolah Tahfiz Persendirian Selangor yang menyasarkan golongan pelajar tahfiz persendirian di Negeri Selangor bagi mengimbangi keperluan sahsiah dan pendidikan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
2) Melaksana dan menambahbaik Kurikulum Moderasi Tahfiz Negeri Selangor supaya pelajar – pelajar tahfiz tidak ketinggalan dengan pendidikan arus perdana.
3) Melaksanakan Program Pemutihan Institusi Tahfiz Persendirian bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan isu-isu institusi tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor yang dibina tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
4) Menyediakan 5 Biasiswa Khas Menteri Besar kepada pelajar pelajar tahfiz yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di bidang profesional di beberapa universiti yang terpilih.
5) Melaksana Isbat Hafazan kepada peserta yang memohon Isbat bagi menilai dan mengenalpasti huffaz Al-Quran yang layak diberi pengiktirafan, penghormatan dan galakan elaun yang sewajarnya. Kategori penerima Isbat adalah seperti berikut:
- 1-10 juzuk : RM 200 sebulan
- 1-20 juzuk : RM 300 sebulan
- 1-30 juzuk (atas 18 tahun) : rm 500 sebulan
- 1-30 juzuk (bawah 18 tahun ) : RM 250.sebulan.
Kelayakan adalah mencapai markah 90% bagi tiap kategori.
- Menyediakan Peruntukan Dermasiswa Huffaz yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor dengan memberi bayaran insentif kepada pelajar tahfiz bagi tempoh maksimum 5 tahun pengajian. Bagi tahun 2021, sebanyak 182 buah sekolah telah memohon dengan melibatkan 5,831 orang pelajar yang layak memohon dengan jumlah sebanyak RM 6,664,833.00.
-
Senaraikan pusat Maahad Tahfiz yang berdaftar di Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat.
Senarai Pusat Tahfiz berdaftar di daerah Sepang seperti di LAMPIRAN A dan Kuala Langat seperti di LAMPIRAN B.