Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

169) PENYELENGGARAN POKOK OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pokok-pokok besar yang berusia lebih 20 tahun di jalan utama harus ditebang untuk mengelakkan sebarang kemalangan pengguna jalan raya lebih-lebih lagi pada musim hujan. Adakah pokok-pokok lama yang ada di dalam Negeri Selangor ini di kawal selia secara terperinci oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

    Pokok-pokok matang yang berusia melebihi 20 tahun di kawasan Majlis akan dipantau dan diselenggara oleh PBT secara berkala. Tindakan penebangan hanya dibuat sekiranya pokok dalam keadaan berbahaya dan berisiko seperti reput, condong serta merosakkan struktur seperti jalan dan utiliti terlibat.

  2. Nyatakan kawasan yang telah di kawal selia oleh Pihak Berkuasa Tempatan khususnya di dalam Daerah Sepang dan Kuala Langat.

    Kawasan yang telah dikawal selia (penyelenggaraan pokok) di Majlis Perbandaran Kuala Langat bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:

     

    1. Kawasan Perindustrian Olak Lempit.
    2. Bandar Mahkota.
    3. Bandar Saujana Putra.
    4. Stadium Jugra.
    5. Pantai Morib.
    6. Mukim Telok Panglima Garang, Bandar Jugra.
    7. Mukim Tanjung Dua Belas, Morib, Kelanang & Batu.
    8. Taman Mutiara, Taman Seri Tanjong, Taman Pelangi, Taman Banting Baru, Taman Sri Kandi, Taman Perwira, Taman Telok, Taman Seri Bayu, Taman Seri Desa, Taman Seri Kelanang, Taman Damai Indah, Taman Orkid dan Taman Kenanga.

     

    Kawasan yang telah dikawal selia (penyelenggaraan pokok) di Majlis Perbandaran Sepang bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:

     

    1. Zon Cyberjaya
    2. Zon Utara (Puchong-Sungai Merab)
    3. Zon Tengah (Dengkil-Bandar Baru Salak Tinggi)
    4. Zon Selatan (Sepang-Teluk Merbau)

     

    Jumlah keseluruhan kawasan yang diselenggara adalah 54 kawasan.

Lampiran

Tiada Lampiran.