Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
159) MB INCORPORATED (MBI)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inventori tanah milik Kerajaan Negeri Selangor bawah pengurusan MBI?
MBI menguruskan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri Selangor yang didaftarkan atas nama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) di beberapa buah daerah dan mukim seperti di Daerah Gombak, Petaling, Klang, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat.
-
Nyatakan perancangan Kerajaan terhadap stok tanah yang sedia ada.
Tanah-tanah yang diberimilik kepada MBI adalah bertujuan membantu Kerajaan Negeri serta mewakili Kerajaan Negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan dan penyelesaian secara global yang di luar bidang kuasa selaras dengan matlamat dan objektif Kerajaan Negeri. Antara butiran perancangan tanah MBI adalah seperti berikut :
- Pembangunan melalui proses RFP
MBI akan melaksanakan proses bagi mengenalpasti rakan usahasama yang berpotensi untuk melabur ke atas tanah yang diberimilik kepada MBI.
- Pembangunan Rumah IDAMAN
Menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk menyediakan kediaman mampu mulik melalui program Rumah IDAMAN dimana MBI adalah peneraju utama dalam penyediaan Rumah IDAMAN tersebut melalui anak syarikat MBI iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
- Pembangunan Projek Pertanian Berteknologi Tinggi
Cadangan Pembangunan Pertanian Teknologi Tinggi secara usahasama dengan PKPS ke atas tanah milik MBI yang berpotensi dan dizonkan sebagai tanah pertanian.
- Penyelesaian kepada isu-isu tanah yang melibatkan Kerajaan Negeri
Membantu Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu penerokaan haram, pertindihan, pertikaian kawasan dan projek terbengkalai di atas tanah Kerajaan Negeri yang diberimilik kepada MBI dimana MBI berperanan dalam membuat rundingan, mengambil tindakan perundangan dan penjelasan sehingga selesai seterusnya menghalang aktiviti seperti ini tidak akan berulang.