Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
155) PREMIER SMART STATE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di manakah Selangor kini berada dari segi tahap pencapaiannya dalam menjadi Premier Smart State?
Program Smat Selangor yang diperkenalkan pada tahun 2016 dan dikemaskini pada tahun 2020 sebagai Pelan Tindakan Smart Selangor 2025 (“SSAP 2025”) menyasarkan pembangunan dan pengoperasian lengkap 60 inisiatif-inisiatif digital dan pintar menjelang tahun 2025 yang akan menjadi asas utama kepada pembentukan sebuah Negeri Pintar Berdayahuni (Liveable Smart State) yang menghubungkan data di antara entiti kerajaan untuk menjamin tahap perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.
Menurut Pelan Tindakan Smart Selangor 2025 (“SSAP 2025”), 60 inisiatif tersebut telah dikategorikan kepada empat domain utama iaitu domain Kerajaan Pintar, Ekonomi Pintar, Komuniti Pintar dan Infrastruktur Digital Pintar. Secara keseluruhan, sehingga November 2021, pembangunan inisitif yang telah disiapkan terletak pada tahap 60%. Dari segi capaian sasaran inisiatif pula, ia terletak pada kadar 35% memandangkan masih ada inisiatif yang belum dikembangluaskan penggunaannya ke seluruh Selangor walaupun insiatif tersebut sudah disiapkan.
Sebuah Jawatankuasa Tetap Smart Selangor dan Pembudayaan Inovasi telah diwujudkan pada tahun 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan dianggotai oleh pimpinan kerajaan negeri pelbagai peringkat untuk memastikan pencapaian sasaran yang lebih tinggi menerusi penggunaan inisiatif digital yang lebih meluas dan segera di pelbagai peringkat pentadbiran kerajaan negeri.
Berikut adalah senarai pencapaian utama insiatif-inisiatif yang telah digunakan secara menyeluruh di Negeri Selangor:
Program Smart Selangor juga telah diiktiraf sebagai salah satu insiatif Smart State utama di Malaysia dan menjadi contoh rujukan kepada pembangunan inisiatif Smart City dan Smart State kepada agensi-agensi peringkat persekutuan seperti MAMPU, MIGHT dan kerajaan-kerajaan negeri yang lain di Malaysia. Boleh dirumuskan bahawa beberapa asas utama pembentukan Smart State telah dibangunkan dengan jayanya dan boleh dibanggakan.
-
Apakah inovasi baru yang telah dibuat dalam agenda digitalisasi Negeri Selangor?
Beberapa contoh inovasi baru yang telah dibangunkan sebagai inisiatif Smart Selangor mengikut domain pembangunan Smart Selangor adalah seperti berikut:
- i) Domain Kerajaan Pintar (Smart Government)
Pembangunan aplikasi Citizen E-Payment (“CEPat”) yang memuatkan perkhidmatan berbayar Kerajaan Negeri Selangor pelbagai peringkat (cukai pintu, kompaun, lesen), pembayaran utiliti dan telco serta perkongsian maklumat dengan pengguna. Aplikasi ini juga telah diintegrasi dengan 39 bank, 5 e-wallet utama, Kad kredit utama untuk menggalakkan kaedah pembayaran nirtunai digital yang lebih meluas di Selangor.
Pembangunan sistem analitik CCTV digital berpusat (centralized CCTV analytics) di Smart Selangor Operations Centre yang telah berjaya mengurangkan kebergantungan pemantauan secara manual kepada kaedah pemantauan menerusi analitik yang beroperasi sepanjang masa.
- ii) Domain Komuniti Pintar (Smart Community)
Pembangunan aplikasi Selangor Intelligent Transport System (“SITS”) untuk memaklumkan pengguna waktu ketibaan dan laluan Bas Smart Selagnor secara waktu nyata. Pertama di Malaysia dengan kos yang amat menjimatkan berbanding inisiatif lain.
Pembangunan sistem ‘Scan to Ride’ untuk pembayaran perkhidmatan Bas Smart Selangor yang menggunakan teknoloji imbasan kod QR dan pembayaran menggunakan aplikasi yang lebih memudahkan berbanding kaedah menggunakan kad fizikal untuk bayaran.
iii) Domain Ekonomi Pintar (Smart Economy)
Pembangunan Smart Selangor SME Platform yang menyatukan data IKS di Selangor dari pelbagai punca untuk tujuan analisa dasar Kerajaan Negeri dan juga untuk rujukan dan carian awam.
- iv) Domain Infrastruktur Digital Pintar (Smart Digital Infrastructure)
Dua insiatif utama yang telah dibangunkan menggunakan inovasi terkini adalah Smart Selangor Gigabit Network (“SeGNet”) dan Smart Selangor Hybrid Cloud Data Center (“SSDC”).
SeGNet adalah rangkaian yang menjamin penyaluran data yang bakal menghubungkan kesemua entiti utama Kerajaan Negeri Selangor dengan kelajuan minima 1000Mbps atau 1Gbps, maksima 3000Mbps atau 3Gbps. Ini adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia.
SSDC pula adalah inovasi yang diperkenalkan oleh pihak Smart Selangor Delivery Unit (“SSDU”), iaitu teknologi ‘Hybrid Cloud Data Centre’ untuk tujuan storan data dan mengupayakan pengkomputeran awan untuk Kerajaan Negeri Selangor. Ini juga adalah inovasi pertama di Malaysia di mana sebuah infrastruktur pengkomputeran awan diwujudkan yang mematuhi keperluan ‘local data residency’.
Untuk pembangunan kedua insiatif ini, pihak SSDU telah berkolaborasi dengan beberapa penyedia telekomunikasi tempatan utama dan peneraju teknoloji pengkomputeran awan antarabangsa iaitu Amazon Web Services (AWS).