Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

151) PROJEK LANGAT 2

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek langat 2 dan impak yang akan terkesan di DUN Teratai?

    Berdasarkan kepada laporan dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), kemajuan keseluruhan Projek Skim Bekalan Air Langat 2 pada akhir 31 Oktober 2021 adalah seperti berikut:

     

    Kemajuan (Jadual)     :           90.53%

    Kemajuan (Sebenar)  :           88.07%

    Kelewatan                    :           2.46%

     

    Khusus bagi kerja-kerja pemasangan paip keluli lembut berdiameter 1400mm, kerja-kerja telah mencapai 32.07% bersamaan dengan 2,993.6 meter dari keseluruhan jajaran sebanyak 9,335 meter.  Pada ketika ini, kerja-kerja sedang giat dijalankan di Jalan Taman Putra dan Jalan Bunga Raya. Setelah kerja-kerja penanaman paip air terawat siap dan kerja-kerja ujian tekanan serta ujian kebocoran selesai, jalan-jalan terlibat akan diturap sepenuhnya sepertimana yang disyaratkan oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan JKR Daerah Hulu Langat.

     

    Apabila jajaran paip koridor utara dan Kolam Air Baru Ampang siap dan beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2023, DUN Teratai akan menerima manafaat tambahan dari Projek Langat 2 seperti berikut :-

     

    1. DUN Teratai akan mempunyai punca bekalan air yang lebih mampan melalui Kolam Air Baru Ampang. Ia juga akan mempunyai 2 alternatif lain sebagai punca bekalan air iaitu dari sistem Langat dan SSP1/SSP2 melalui sistem pam Wangsa Maju.

     

    1. Bekalan air yang diperuntukkan ke kawasan DUN Teratai dan sekitarnya adalah sebanyak 45 Mld iaitu mencukupi untuk membekalkan air kepada lebih 480,000 penduduk atau 97,000 premis kediaman.

     

    1. Dengan adanya Kolam Air Baru Ampang, DUN Teratai akan mempunyai kapasiti simpanan tambahan sebanyak 36 Juta Liter.

     

    1. Tekanan air yang lebih baik berbanding sekarang memandangkan paras Kolam Air Ampang adalah lebih tinggi dari Kolam Air Pudu Hulu Baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.