Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
138) RUMAH KEBAJIKAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat membuka rumah-rumah kebajikan atau jagaan untuk wargaemas dan OKU?
- Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor sentiasa prihatin kepada kebajikan golongan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor. JKM Negeri Selangor adalah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] di mana peranan Jabatan adalah untuk mendaftarkan pusat Jagaan seperti diperuntukkan di bawah Akta 506 tersebut.
Setakat ini pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk membuka rumah-rumah kebajikan atau pusat jagaan khususnya untuk warga emas dan OKU di Negeri Selangor memandangkan Negeri Selangor adalah merupakan negeri tertinggi yang mempunyai bilangan Pusat Jagaan berdaftar kategori warga emas dan OKU di negara ini di bawah kendalian NGO dan Swasta.
Daripada rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sehingga Oktober 2021 terdapat sejumlah 638 Pusat Jagaan telah berdaftar dan daripada jumlah tersebut sejumlah 124 pusat jagaan di bawah kendalian NGO dan 514 pusat jagaan pula di bawah kendalian pihak swasta. Pusat Jagaan berdaftar dalam kategori warga emas di Negeri Selangor adalah sejumlah 97 buah iaitu 23 pusat jagaan di bawah kendalian NGO dan sejumlah 74 di bawah kendalian swasta. Manakala pusat jagaan berdaftar dalam kategori OKU pula adalah sejumlah 51 buah iaitu 18 pusat jagaan kendalian NGO dan sejumlah 33 pusat jagaan di bawah kendalian pihak swasta.
Bilangan pusat jagaan berdaftar mengikut Daerah, jenis kendalian, kategori dan kumpulan sasar adalah seperti berikut: