Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

131) SUKARELAWAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan satu badan sukarelawan yang menjaga soal berkaitan alam sekitar hutan dan air.

    Satu badan sukarelawan hijau iaitu Team Selangor telah ditubuhkan pada tahun 2017. Tujuan ianya ditubuhkan selari dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan program-program secara berkala bagi tujuan menghijaukan alam sekitar, mengindahkan lanskap, menjaga kebersihan kawasan sekitar dan memastikan kawasan masing-masing bebas daripada pembakaran terbuka dan pencemaran. Bagi tahun 2021, sebanyak 2,647 program telah dilaksanakan oleh Team Selangor dan kebanyakan program lebih tertumpu kepada misi bantuan berkaitan Pandemik Covid-19 dan daripada jumlah program yang telah dijalankan, sebanyak 63 program adalah berkaitan dengan alam sekitar. Antara program-program yang telah dijalankan ialah Kempen Minyak Masak Terpakai Komuniti, Kempen Kitar Semula, River/ Beach Cleanup dan Bengkel Natural Farming – Teori & Praktikal secara atas talian.

Lampiran

Tiada Lampiran.