Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

100) PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan projek rumah terbengkalai yang masih belum ada penyelesaiannya sejak tahun 2018?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 132 bilangan projek rumah terbengkalai yang masih belum ada penyelesaiannya sejak tahun 2018 seperti senaraikan LAMPIRAN A.

  2. Apakah status Projek Perumahan Taman Di Menara, Kuala Langat oleh Rhea Zadani Corporation Sdn Bhd?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek perumahan Taman Di Menara, Kuala Langat merangkumi 1 Blok 4 Tingkat (Morning Glory Fasa 2) Dan 2 Blok 5 Tingkat (Tulip Fasa 3) telah diduduki dengan Sijil Layak menduduki Sementara (TCF). Pemaju asal projek ini Tetuan Rhea Zadani Corporation Sdn Bhd didapati telah gagal memenuhi keperluan CFO penuh bagi 3 Blok apartment seperti membina menara tangki air dan membaiki kerosakan petak. Bermula pada tahun 2013 Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah mengeluarkan notis arahan kepada pemaju supaya membaiki petak bangunan yang menghadapi kerosakan. Walaubagaimapaun pemaju gagal mematuhi notis arahan tersebut.

     

    Pada 4 Oktober 2018, syarikat tuan tanah Gegas Hartawan telah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi mengambil alih projek ini daripada pemaju asal kerana projek ini telah dilelong seterusnya mendaftarkan pembatalan Surat Kuasa (Power of Attorney) ke Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat (PTDKL). Walaubagaimapun proses pendaftaran PA tersebut masih diperingkat penyelesaian di PTDKL.

     

    Projek ini telah disahkan sebagai projek terbengkalai oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 11 Julai 2021. Sehingga kini pihak MPKL dalam peringkat perbincangan dengan KPKT berhubung cadangan pemulihan projek ini untuk mendapatkan CF penuh bagi 3 Blok bangunan, membina menara tangki air oleh pemaju baru seterusnya mendapatkan kelulusan pelan bangunan bagi kawasan yang belum

Lampiran

Tiada Lampiran.