Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
99) BILANGAN PENDUDUK YANG BELUM LENGKAP VAKSINASI COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan penduduk mengikut taburan umur di setiap daerah yang masih belum menerima atau lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.
Data vaksinasi sehingga 5 November 2021
PKD ANGGARAN POPULASI 12-18 TAHUN
DOS 1 DOS 2 Bil Belum Menerima Dos 1 Bil Belum Lengkap Vaksinasi GOMBAK 72,600 58,003 30,917 14,597 41,683 HULU LANGAT 118,700 81,085 63,019 37,615 55,681 HULU SELANGOR 22,600 20,361 7,804 2,239 14,796 KLANG 87,000 81,779 77,292 5,221 9,708 KUALA LANGAT 25,300 26,542 28,690 *- *- KUALA SELANGOR 23,800 29,708 12,620 *- 11,180 PETALING 184,100 123,600 58,955 60,500 125,145 SABAK BERNAM 12,200 11,366 5485 834 6,715 SEPANG 22,800 47,680 46,332 *- *- JUMLAH 569,100 480124 331114 121006 264908 PKD BIL POPULASI > 18 TAHUN DOS 1 DOS 2 Bil Belum Menerima Dos 1 Bil Belum Lengkap Vaksinasi GOMBAK 614600 246419 245909 368181 368691 HULU LANGAT 1037500 1002062 981200 35438 56300 HULU SELANGOR 163100 123411 131136 39689 31964 KLANG 763,000 552161 528871 210839 234129 KUALA LANGAT 186900 193875 195856 *- *- KUALA SELANGOR 183000 205809 211594 *- *- PETALING 1620500 1532594 1512394 87906 108106 SABAK BERNAM 95900 90849 101132 5051 *- SEPANG 179500 303835 305948 *- *- JUMLAH 4844000 4251015 4214040 747104 799190 – telah melebihi anggaran populasi
-
Apakah outreach program untuk memastikan mereka mendapatkan vaksin secara mandatori?
Program outreach bagi warganegara yang cicir:
- Pemberian vaksin bagi warga negara yang cicir dos 1 atau dos 2 diberikan secara temujanji di klinik kesihatan atau klinik swasta terpilih. Penduduk yang belum mendapat temu janji atau cicir dos kedua boleh menghubungi PKD atau klinik swasta terpilih berdekatan untuk mendapatkan temujanji.
- Hebahan dibuat secara berkala dan berterusan di media sosial seperti facebook, whatsapp dan hebahan awam oleh pihak PKD.
- Program pemberian vaksinasi secara outreach oleh pasukan PKD dan NGO juga dilakukan dengan mendapatkan senarai penduduk yang belum menerima vaksinasi atau cicir dos kedua melalui wakil penduduk. Pemberian vaksin dijalankan di lokasi terpilih atau di klinik kesihatan berdekatan.
-
Apakah usaha yang akan dilakukan untuk mevaksinasi pesakit COVID-19 yang telah sembuh ataupun mereka yang hanya lengkap dos pertama sahaja?
Usaha yang dilakukan bagi memvaksinasi kumpulan yang masih belum menerima atau melengkapkan vaksin Covid-19 adalah dengan mengadakan promosi melalui laman web JKNS dengan memberi maklumat berkaitan PPV yang boleh dihubungi untuk mendapatkan vaksinasi samada di klinik kesihatan, klinik swasta atau hospital swasta.