Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

97) TIPPING FEES PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila beri skala pembayaran untuk kesemua jenis sisa pepejal yang dihantar ke tapak / loji pengurusan sisa pepejal di bawah pengurusan Worldwide Holdings.

    Bagi pelupusan di Tapak Pelupusan Sanitari, skala tipping adalah dari RM 36.00 per metrik tan bagi sisa domestik dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan RM 55.00 hingga RM200.00 per metrik tan bagi sisa industry, sisa buangan khas dll.

    Bagi pelupusan di tapak pelupusan sisa lengai, kadar tipping untuk PBT dan swasta adalah sama iaitu diantara RM 8.00 per metrik tan hingga RM34.00 per metrik tan bergantung kepada jenis sisa.

     

  2. Bandingkan skala pembayaran ini dengan operator-operator lain di sekitar Lembah Klang.

    Pihak WHB tidak mempunyai maklumat berkenaan skala pembayaran yang ditentukan oleh pihak operator lain di Lembah Klang

Lampiran

Tiada Lampiran.