Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
92) PENDEDAHAN LIABILITI KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan dalam RM pendedahan liabiliti Kerajaan Negeri melalui guaman mahkamah.
Berdasarkan rekod, jumlah yang telah dijelaskan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dari Januari 2021 hingga November 2021 melalui tindakan guaman di Mahkamah adalah sebanyak RM34,514,677.10.
Jumlah bayaran ini adalah meliputi kes-kes yang melibatkan isu-isu tanah dan penamatan kontrak.