Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
84) ISU JALAN SIMPANG KUALA KERLING KE PONDOK PENGAWAL LEMBAH BERINGIN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membangunkan jalan di simpang Kuala Kerling ke pondok pengawal Lembah Beringin supaya penduduk Kerling dan penduduk Lembah Beringin boleh berhubung melalui jalan ini tanpa buat pusingan besar ke Tanjung Malim?
Berdasarkan semakan yang telah dijalankan, pihak jabatan mendapati jalan dari Persimpangan Kuala Kerling ke Lembah Beringin telah dibina oleh pemaju Lembah Beringin iaitu Tetuan Lembah Beringin Sdn. Bhd. Jalan berkenaan masih belum di serah alih kepada agensi kerajaan untuk penyelenggaraan dan berdasarkan semakan juga di dapati rezab jalan berkenaan masih di dalam tanah milik individu.
Penyelesaian isu jalan ini boleh diselesaikan jika pemilik tanah / pemaju penyelamat membangunkan semula tanah berkenaan dan rezab dan jalan jalan berkenaan diserahkan kepada agensi kerajaan untuk penyelenggaraan
-
Apakah langkah jangka pendek memandangkan jalan tersebut mengalami kerosakan yang sangat teruk dan bahaya kepada pemandu kereta?
Jalan yang bermasalah tersebut masih lagi berstatus belum dibuat serahan dan sebahagianya dalam tanah berhakmilik. Cadangan rezab tersebut belum dibina sehingga siap oleh pihak Pemaju asal dan apabila projek pembangunan terbengkalai, jalan sementara ini digunakan oleh penduduk untuk laluan keluar ke Pekan Kerling. Tindakan jangka pendek, Jabatan Kejuruteraan sedang aturkan tindakan dengan kos yang rendah iaitu dengan meratakan lapisan crusher run (1200m2) di kawasan yang bermasalah supaya menambah kekuatan lapisan asas jalan sebelum permukaan diturap. Seterusnya tindakan susulan akan dibuat sekiranya ada peruntukan diterima daripada pihak Kerajaan Negeri atau Persekutuan bagi skop kerja menurap jalan.
-
Adakah pemilik tanah kepada jalan tersebut telah dikenalpasti? Jika ya, nyatakan butir-butirnya termasuk kos pengambilan tanah sekiranya jalan tersebut perlu dibangunkan.
Sehingga kini Jabatan hanya mengenalpasti pihak pemegang amanah (liquidator) bagi jalan yang di dalam tanah yang berhakmilik iaitu tetuan Syarikat Lagenda Beringin. Syarikat tersebut telah diminta untuk menguruskan serahan rezab awam kepada pihak Kerajaan dan menyempurnakan penyiapan jalan tersebut sehingga sempurna sebelum tangungjawab selenggara jalan diserahkan kepada pihak Agensi Teknikal Daerah (JKR/MPHS)