Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
83) PROJEK TALIAN PENGHANTAR TNB 500KV DI HULU SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Projek Talian Penghantar TNB 500KV dari PMU Tapah ke PMU Bentong South melalui Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya termasuk jumlah menara talian yang telah dibina dan langkah-langkah bagi mengelakkan pencemaran berlaku di kawasan Sungai Chiling.
Projek Talian Penghantaran TNB 550kv melibatkan sejumlah 121 menara yang akan dibina dari Hulu Bernam sehingga ke sempadan Selangor – Pahang. Sebanyak 98 unit menara telah siap dibina sehingga ke kawasan Pertak, Hulu Selangor. Manakala 23 unit masih belum dipasang iaitu melibatkan sekitar kawasan Sungai Chilling (Hutan Simpan Hulu Selangor). Hasil semakan dengan pihak TNB mendapati kerja – kerja pemasangan menara di kawasan Sungai Chilling tidak dapat dilaksanakan lagi disebabkan isu logistik (kesukaran penghantaran bahan binaan ke tapak yang berbukit) Pada masa ini, hanya kerja – kerja penebangan pokok – pokok yang dibuat secara manual di kawasan pendirian menara sedang dilaksanakan.
Langkah kawalan bagi mengelakkan pencemaran berlaku di kawasan Sungai Chiling, pihak TNB menerusi kontraktor utama yang dilantik melaksanakan kerja tersebut akan mematuhi syarat-syarat Enviromental Impact Assessment (EIA) dan pihak TNB akan kemukakan laporan kemajuan tindakan pematuhan syarat kepada Jabatan Alam Sekitar berdasarkan kelulusan EIA yang diperolehi. Laporan yang perlu di kemukakan adalah seperti Rainfall reading, Water Quality Monitoring, Ambient Air Monitoring, Noise Monitoring , Vibration monitoring dan lain – lain lagi. Laporan terakhir dikemukakan adalah pada 14 Oktober 2021