Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

64) PERTUKARAN STATUS PEMILIKAN TANAH DAN KEDIAMAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah wujud kaedah bagi pertukaran status tanah dan kediaman?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kaedah bagi pertukaran status tanah dan kediaman diwujudkan  bagi membolehkan pengeluaran hakmilik individu didaftarkan dan menjana ekonomi ke atas pembangunan tanah di Negeri Selangor selaras dengan peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN) melalui permohonan menukar kategori kegunaan dan syarat nyata tanah yang tercatat di dalam dokumen hakmilik melalui kaedah seperti berikut:

     

    1. Seksyen 197 & Seksyen 76 KTN : Menyerahkan semula tanah hakmilik dan diberimilik bagi tujuan bangunan kediaman / perniagaan atau Industri.
    2. Seksyen 124 (1)(a) (c) KTN : Mengubah / mengenakan kategori kegunaan tanah serta meminda / mengenakan syarat nyata tanah kepada bangunan perniagaan / kediaman atau industri.
    3. Seksyen 124A KTN : Pecah sempadan dan mengubah / mengenakan kategori kegunaan tanah bangunan perniagaan / kediaman atau industri secara serentak berdasarkan pelan pra-hitungan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
    4. Seksyen 204B KTN : Mengenakan / mengubah kategori / meminda syarat nyata kegunaan tanah serentak melanjutkan tempoh pajakan secara serentak berdasarkan pelan pra-hitungan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Apakah syarat membolehkan pertukaran status dari pajakan kepada milik kekal?

    Berhubung dengan soalan kedua, tiada syarat yang membolehkan pertukaran status daripada pajakan kepada milik kekal selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 76 KTN

  3. Apakah kaedah sebenar untuk permohonan dan kelulusan pertukaran status?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

Lampiran

Tiada Lampiran.