Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

63) MASJID SUBANG BESTARI – U5 DAN MASJID KOTA DAMANSARA 2

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apa status terkini pembinaaan masjid tersebut?

    Masjid Subang Bestari – U5

    Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak JKR Negeri Selangor,terdapat kelewatan dari segi pelaksanaan kerja, status terkini projek ini ialah ianya masih berada di peringkat kelulusan Pelan Bangunan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.

    Masjid Kota Damansara 2

     Berdasarkan maklumat yang diterima dari pihak JKR Negeri Selangor, status terkini bagi projek ini ialah di peringkat kerja awalan iaitu  ukur tanah serta utiliry mapping dan penyiasatan tapak (SI). Sedang dalam proses perlantikan perunding secara tender terbuka.

     

  2. Apakah garis masa "timeline" terkini projek tersebut?

    Masjid Subang Bestari – U5

    Setelah mendapat kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak MBSA, barulah pihak JKR dapat melaksanakan kerja-kerja di tapak.

     

    Masjid Kota Damansara 2

     Jangkaan tender pada Jun 2022.

  3. Apakah masalah terbesar ( jika ada ) yang boleh atau akan menghalang kelancaran projek tersebut?

    Masjid Subang Bestari – U5

    Kelewatan mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan dari pihak MBSA telah menyebabkan JKR Selangor tidak dapat melaksanakan kerja-kerja seperti yang telah dirancang.

     

    Masjid Kota Damansara 2

    Buat masa ini tiada kelewatan yang berlaku, semuanya mengikut perancangan pihak JKR Negeri Selangor. Selepas proses tender selesai, jangkaan bagi memulakan projek pembinaan masjid ini adalah pada suku tahun pertama tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.