Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

61) PROJEK DASH – DI KAWASAN DUN N39 KOTA DAMANSARA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah aktiviti-aktiviti yang masih tertangguh atau sedang di jalankan di kawasan N39 :
    - MBSA ( U3, U4, U5, U6 ) dan
    - MBPJ ( PJU3, PJU4, PJU5 )?

    Sehingga 31 Oktober 2021, Projek Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) telah mencapai kemajuan kerja sebanyak 95.91%. Antara kerja-kerja yang masih tertangguh dan sedang giat dijalankan adalah seperti berikut :-

     

    MBSA

    1. Kerja-kerja struktur Lebuhraya DASH (pelancaran rasuk, deck slab, parapet, turapan jalan dan perabot jalan) di persimpangan Subang Airport.
    2. Kerja-kerja pelebaran jalan dan perparitan di sepanjang Jalan Sg. Buloh dari persimpangan Persiaran Elektron sehingga persimpangan Kwasa Land.
    3. Kerja-kerja perabot jalan, papan tanda, lampu jalan, jejantas pejalan kaki, dan landskap di sepanjang Jalan Sg. Buloh yang terlibat dengan Lebuhraya DASH.

     

    MBPJ

    1. Kerja-kerja struktur Lebuhraya DASH (pelancaran rasuk, deck slab, parapet, turapan jalan dan perabot jalan) di Persiaran Kenangan, Persiaran Mahogani dan Jalan PJU 5/1.
    2. Kerja-kerja pelebaran jalan dan perparitan di Jalan PJU 3/31, PJU 7/9, PJU 8/1, PJU 8/2, dan PJU 8/4 yang terlibat dengan jajaran Lebuhraya DASH.
    3. Kerja-kerja perabot jalan, papan tanda, lampu jalan, dan landskap di sepanjang Jalan Bandaran (Local Roads) yg terlibat dengan Lebuhraya DASH.
  2. Apakah masalah utama tergendalanya projek tersebut?

    Tarikh siap asal bagi Projek Lebuhraya DASH adalah pada 24 Disember 2021. Namun disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 (13 Januari 2021 sehingga 4 Mac 2021), dan PKP 3.0 (12 Mei 2021 sehingga 16 Julai 2021), kerja-kerja pembinaan telah mengalami sedikit kelewatan. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan dan tergendalanya projek adalah seperti berikut :-

     

    1. Impak terhadap kapasiti pekerja yang dibenarkan
    2. Rantaian Bekalan (Supply Chain) bagi bahan-bahan binaan
    3. Pemberhentian kerja sepenuhnya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

     

  3. Bilakah projek tersebut akan selesai dan boleh di gunakan oleh masyarakat?

    Kerja-kerja pembinaan bagi Projek Lebuhraya DASH akan dapat disiapkan sepenuhnya pada suku pertama tahun 2022 dan dijangka dapat digunakan oleh orang awam menjelang suku kedua tahun 2022.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    Semakan dengan pihak Tetuan Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd aktiviti pembinaan pada masa sekarang adalah berjalan seperti biasa.

     

    Tetuan Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd memaklumkan progres  pembinaan Lebuhraya DASH tersebut sedikit lewat disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan juga disebabkan pertukaran kontraktor bagi pakej pembinaan di kawasan tersebut.

     

    Tetuan Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd memaklumkan penyiapan projek Lebuhraya DASH adalah dijangkakan pada suku tahun pertama 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.