Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

54) GERAI-GERAI MAJLIS BANDARAYA ( MBPJ DAN MBSA )

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa kah jumlah dan lokasi gerai tersebut mengikut Zon MBSA ( U3,U4,U5,U6 ) dan MBPJ ( PJU3, PJU4, PJU5 )?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    LOKASI JUMLAH LOT KEKOSONGAN PENIAGA
    Gerai Selera Impian Sek 7 20 4 17
    Gerai Nexis 6 1 5
    Petak AIM PPR Sek 8 ( AB ) 31 9 22
    Petak AIM PPR Sek 8 ( CD ) 24 1 23
    Kiosk Sek 6 28 1 27
    JUMLAH 121 16 94

     

    Di kawasan MBPJ, terdapat 2 lokasi gerai dalam proses pembinaan iaitu di Pasar Dan Medan Selera Sri Damansara PJU 9 yang dijangka siap pada Disember 2021.

     

    MBSA

    1. Jumlah dan lokasi gerai MBSA di Seksyen U3, U4 ,U5 dan U6 seperti berikut:

     

    BIL LOKASI JUMLAH UNIT
    1. Gerai Majlis,  Lot Pt 32905-32966,

    Subang Perdana, Seksyen U3

    8 unit
    2. Gerai Majlis, Jalan Subang Perdana, Seksyen U3 12 unit
    3. Gerai Sementara (Suk), Jalan Apollo U5/191, Seksyen U5 16 unit
    4. Gerai Majlis, Jalan Nova U5/45, Seksyen U5 5 unit
    5. Gerai Majlis, Pinggiran Subang,

    Jalan Utarid U5/9, Seksyen U5

    9 unit
    6. Kedai PLB, Kg. Melayu Subang, Seksyen U6 9 unit
    7. Kedai PLB, Pasar Tani

    Kg. Melayu Subang Seksyen U6

    2 unit
    8. Gerai PLB, Taman Subang Baru, Seksyen U6 8 unit
    JUMLAH KESELURUHAN 69 unit

    2. Status gerai MBSA di Seksyen U3, U4 ,U5 dan U6 seperti berikut:

    BIL LOKASI JUMLAH UNIT JUMLAH DIISI JUMLAH KOSONG
    1. Gerai Majlis,  Lot Pt 32905-32966,

    Subang Perdana, Seksyen U3

    8 unit 8 unit 0
    2. Gerai Majlis, Jalan Subang Perdana, Seksyen U3 12 unit 12 unit 0
    3. Gerai Sementara (Suk), Jalan Apollo U5/191, Seksyen U5 16 unit 16 unit 0
    4. Gerai Majlis, Jalan Nova U5/45, Seksyen U5 5 unit 5 unit 0
    5. Gerai Majlis, Pinggiran Subang,

    Jalan Utarid U5/9, Seksyen U5

    9 unit 9 unit 0
    6. Kedai PLB, Kg. Melayu Subang, Seksyen U6 9 unit 9 unit 0
    7. Kedai PLB, Pasar Tani

    Kg. Melayu Subang Seksyen U6

    2 unit 2 unit 0
    8. Gerai PLB, Taman Subang Baru, Seksyen U6 8 unit 8 unit 0
    JUMLAH KESELURUHAN 69 unit 69 unit 0

     

  2. Status (i.e kosong, digunakan) gerai-gerai tersebut?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

  3. Berapakah jumlah gerai-gerai dalam proses pembinaan?

    Projek Gerai Majlis yang masih dalam peringkat pembinaan ketika ini, yang berada di dalam kawasan pentadbiran MBSA di antara Seksyen U3 – U6 hanya ada satu (1) projek sahaja iaitu:

             CADANGAN PEMBANGUNAN 2 TINGKAT GERAI DAN KEDAI YANG MENGANDUNGI TEMPAT LETAK KERETA ARAS TANAH DAN RUANG KEGUNAAN M&E, SURAU LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA OKU, 1 UNIT RUMAH SAMPAH, 13 GERAI SERBAGUNA, 17 GERAI MAKAN, SURAU DAN TANDAS DI ARAS SATU 13 GERAI SERBAGUNA, 17 GERAI MAKAN, SURAU DAN TANDAS DI ARAS DUA DI ATAS PT 11743 DAN PT 11744, PEKAN SUBANG SEKSYEN U6, 40100 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM.

    Kemudahan yang disediakan pada bangunan gerai ini adalah seperti berikut :

    1. 26 gerai serbaguna
    2. 34 gerai makan
    3. 1 kedai (drive-thru)
    4. Surau
    5. Tandas
    6. Tempat letak kereta & motorsikal

    Projek ini telah bermula pada 20 Februari 2020 dan tarikh jangka siap adalah pada 21 Disember 2021. Walau bagaimanapun kelewatan penyiapan adalah dijangka berikutan tempoh PKP yang panjang pada awal tahun yang menghalang kerja-kerja di tapak diteruskan mengikut jadual kerja yang dirancang. Kemajuan terkini projek adalah sebanyak 43%. Kontraktor layak untuk mendapatkan Lanjutan Masa (EOT) selama 137 hari dan tarikh jangkaan siap baru adalah pada 12 Mei 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.