Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
46) PROJEK TEBATAN BANJIR MERU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bajet untuk membina PTB di Meru?
Banjir di Meru dapat ditangani secara holistik melalui Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar di Daerah Klang dan Petaling dengan kos sebanyak RM199,320,000 juta. JPS telah mengemukakan kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan 3 RMKe-12 adalah seperti berikut :
PROGRAM PROJEK JUMLAH KOS (RM) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil Dan Sungai Kapar Besar Rancangan Tebatan Banjir Sg Kapar Kecil 80,501,000.00 Rancangan Tebatan Banjir Sg Kapar Besar 118,819,000.00 JUMLAH (RM) 199,320,000.00 Skop projek tersebut adalah seperti berikut
- Rancangan Tebatan Banjir Sg Kapar Kecil
- Pembinaan dan Naiktaraf Kolam Takungan Banjir :
- Pembinaan Kolam Takungan Banjir di Fairy Park
- Menaiktaraf Kolam Setia Alam sediada dan retrofitting
2. Menaiktaraf Saliran :
- Jalan Teratai
- Jalan Meru dan Jalan Bunga Raya
- Jalan Kenangan
- Saluran keluar Kolam Budiman
3. Pengambilan balik tanah
-Rancangan Tebatan Banjir Sg Kapar Besar
- Pembinaan dan Naiktaraf Kolam Takungan Banjir :
- Pembinaan Kolam Takungan Banjir di Bukit Kerayong
- Pembinaan Kolam Takungan Banjir di Jalan Paip
- Menaiktaraf Sungai Sungai Binjai
- Pemasangan Sistem Pam
- Pembinaan Pintu Air Baru
- Pengambilan balik tanah
-
Bilakah cadangan pembinaan kolam tadahan baru di Meru dapat direalisasikan?
Kerajaan Negeri melalui JPS akan melaksanakan pembinaan kolam takungan di kawasan Meru melibatkan tiga (3) lokasi iaitu Kolam Budiman, Kolam SK Meru, Jalan Paip dan Kolam Fairy Park di bawah rancangan Menaiktaraf Kolam Takungan Kolam Budiman dengan kos RM20. Rekabentuk telahpun disiapkan dan pelaksanaan fizikal projek Kolam Budiman akan dimulakan terlebih dahulu pada Februari 2022 manakala Kolam SK Meru, Jalan Paip dan Kolam Fairy Park akan dilaksanakan setelah pengambilan balik tanah selesai.
-
Sejauh manakah PTB di Meru ini dapat mengatasi banjir yang sudah berlarutan sejak belasan tahun?
Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar akan dapat mengatasi banjir di Meru secara holistik dengan kos sebanyak RM199,320,000 juta. Selain itu, dengan pelaksanaan pembinaan kolam takungan di kawasan Meru melibatkan tiga (3) lokasi iaitu Kolam Budiman, Kolam SK Meru, Jalan Paip dan Kolam Fairy Park dapat membantu mengurangkan kekerapan banjir di Meru.