Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

44) ALAM SEKITAR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada perancangan dari pihak Kerajaan Negeri bersama pihak PBT untuk selesaikan masalah air tasik bandaran di SS 7 Kelana Jaya yang berbau dan kotor?

    Pihak Majlis komited dalam memastikan penjagaan alam sekitar selari dengan pembangunan di masa kini. Taman Tasik Bandaran, SS 7 Kelana Jaya merupakan taman rekreasi tasik yang juga berfungsi sebagai kolam tadahan tebatan banjir bagi kawasan sekitar Kelana Jaya. Aliran air yang memasuki tasik ini adalah air dari kawasan komersial yang mempunyai pelbagai jenis perniagaan, institusi pendidikan dan kawasan perumahan.

    Bagi mengatasi masalah air tasik kotor dan berbau ini :

    • Pihak Majlis menjalankan dan meningkatkan tindakan penguatkuasaan kebersihan dan pencemaran alam sekitar seperti pemeriksaan perangkap minyak di restoran dan bengkel kenderaan di sekitar kawasan Kelana Jaya. Bagi kekerapan pemeriksaan ini, jadual pemeriksaan rutin secara satu bulan sekali bagi Kawasan yang sama akan dilaksanakan serta pemeriksaan bagi premis yang sama sekurang-kurangnya satu kali setahun. Selain itu, pemeriksaan secara terus akan dijalankan jika aduan diterima. Berdasarkan rekod pemantauan semasa, 176 premis telah dikenalpasti sebagai premis makanan disekitar SS 6 dan SS 7.
    • Menjalankan rawatan air tasik dengan mengambil kira faktor masalah bau serta indeks kualiti air sedia ada dan seterusnya memastikan masalah air berbau dan kotor air ini dapat dikawal. Kos anggaran yang akan diperuntukkan bagi rawatan air tasik ini adalah sekitar RM 200,000.00 setahun. Keadah utama yang akan digunakan adalah menggunakan aerator yang berfungsi untuk meningkatkan kandungan oksigen dalam air berserta larutan effective microorganism (EM) yang membantu proses rawatan secara biologi.
    • Bagi loji kumbahan IWK yang bersebelahan tasik ini, sistem yang digunakan adalah Sequencing Batch Reactor (SBR). Kaedah ini melibatkan penggunaan aerator dan penggunaan activated sludge. Sisa sludge yang terhasil akan dilupuskan secara terkawal oleh pihak IWK ke tapak pembuangan tanpa melepaskan ke tasik. Sebagai kawalan tambahan, pihak Majlis akan berkerjasama dengan agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Indah Water Konsortium dan lain-lain yang terlibat secara langsung dengan loji kumbahan yang berdekatan bagi mengawal aliran air yang memasuki ke tasik agar tiada pencemaran atau pelepasan melebihi had yang dibenarkan disebabkan bidang kuasa kawalan pelepasan loji kumbahan bukan dibawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

    Sebagai perancangan jangka masa panjang, satu inisiatif bagi mengkaji kegunaan dan keberkesanan perangkap minyak di premis-premis komersial akan dijalankan. Tujuan kajian ini adalah bagi mencari alternatif terhadap keberkesanan, penyelenggaraan dan kaedah pelupusan sisa tapisan perangkap minyak sebelum memasuki ke sistem peparitan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.