Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

38) PENGINDAHAN DUN SENTOSA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa lebih kemas dan tersusun serta sistematik terhadap pembangunannya?

    Dengan merujuk kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (RT MPK) 2035, DUN Sentosa berada di dalam zon untuk pembangunan perumahan dan perniagaan. Pihak Majlis Perbandaran Klang akan memastikan permohonan kebenaran merancang yang diluluskan merujuk kepada zoning yang ditetapkan dalam RT MPK 2035.

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri serta status mengenai tanah-tanah Kerajaan Negeri yng dibangunkan secara haram tanpa kelulusan Pihak Berkuasa?

    Tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaaan mengikut peruntukkan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) yang boleh disabitkan denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (RM 500,00.00) atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua- duanya

    Manakala status mengenai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang dibangunkan secara haram tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, Pentadbir Tanah akan mengeluarkan Notis Amaran pendudukan secara tak sah di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 serta tindakan penguatkuasaan.

     

    (Jawapan disediakan oleh Pejabat Daerah/ Tanah Klang).

Lampiran

Tiada Lampiran.