Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

37) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakajh kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk meningkatkan mobilisasi Bas Smart Selangor dan jajaran laluan baharu ?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor kini telah memasuki tahun ke-6 pelaksanaannya dengan 166 buah bas di 50 laluan. Bas Smart Selangor kini menerima jumlah pengguna sebanyak 56 juta penumpang.

    Kerajaan Negeri mahupun PBT sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa demi memenuhi keperluan dan kepentingan awam. Namun, keperluan Bas Smart Selangor di seluruh kawasan amat sukar dicapai sepenuhnya memandangkan penyediaan pengangkutan awam adalah menjadi tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan dan tiada bantuan kewangan diberikan kepada Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Dengan peruntukan sedia ada yang terhad, perkhidmatan Bas Smart Selangor masih dikekalkan dan akan diteruskan oleh PBT menggunakan peruntukan sendiri secara berperingkat bagi mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan Negeri. Oleh itu, penambahan bas atau laluan baharu hanya tertakluk kepada kemampuan Kerajaan Negeri dan PBT bagi menyediakan peruntukan secukupnya pada masa hadapan untuk tempoh yang panjang. Bagi tujuan ini juga, Kerajaan Negeri dan PBT tiada halangan untuk mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih efektif seperti bas bersaiz kecil, bas mini atau coaster bagi memenuhi keperluan di kawasan yang sukar dimasuki bas bersaiz panjang, laluan dan jalan yang sempit serta kos yang lebih efektif dalam mempertingkatkan liputan, kapasiti dan kesalinghubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar sekiranya ia diperkenalkan semula oleh Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.